KERTAS CADANGAN PERMOHONAN BILIK GERAKAN JPAM DI SELANDAR
0
KERTAS CADANGAN
PERMOHONAN BILIK GERAKAN
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
DI PEKAN SELANDAR
UNTUK KEGUNAAN SELURUH DUN ASAHAN
OLEH
PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN
PENDAHULUAN
Pekan Selandar adalah merupakan sebuah pekan dipinggir bandar yang sedang membangun kerana mendapat percikan pembangunan dari Bandar Jasin dan Bandar Alor Gajah. Walaupun pekan Selandar termasuk dalam gazet kawasan tadahan hujan tetapi Selandar telah menjadi tempat pilihan untuk penginapan dan industri pemakanan dan aktiviti aktiviti pembangunan yang tidak melibatkan pencemaran alam dan ekosistem atau ekologi kehidupan. Dan Pekan Selandar telah berupaya menjadi sebuah pekan yang membangun berasakan teknologi hijau yang menjadi tema Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau.
LATARBELAKANG
Bantuan kecemasan awal adalah perlu di kawasan selandar ini kerana kedudukan pekan selandar sejauh 20 km dari pekan jasin dan 40 km dari pekan Alor Gajah. Memandangkan penempatan sekeliling pekan selandar yang kian mengembang hasil peningkatan aktiviti ekonomi telah mendorong pekan selandar kian pesat dengan aktivti seharian. Selandar juga menjadi laluan utama dari pekan Gemencheh dan Air Kuning ke Negeri Melaka dan juga menjadi laluan kepada lori-lori membawa hasil pasir dan hutan ke kilang kilang yang terletak di Melaka. Ini menjadikan laluan di pekan selandar amat sibuk dan ini telah meningkatkan risiko kemalangan jalanraya. Ditambahlagi dengan permukaan dan keadaan jalanraya yang uzur yang menyumbangkan risiko kemalangan yang besar. Pembinaan rumah-rumah dan penempatan rakyat dimana kos rumah sederhana beranggaran RM 80,000.00 ke 250,000.00 telah banyak dibina samada taman perumahan atau individu telah meningkatkan kebarangkalian untuk kebakaran dan litar pintas elektrik . Kadangkala bencana alam juga sering berlaku kerana kawasan selandar pernah dilanda banjir besar dan rebut sejak 10 tahun yang lepas. Dan ini telah mendorong kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan satu agensi kerajaan yang berupaya memberi bantuan awal untuk menangani kes kes kecemasan. Ini juga ditambahlagi dengan pembinaan stesyen keretapi tercanggih di negeri Melaka iaitu di batang Melaka dengan menyediakan perkhidmatan landasan berkembar perjalanan Utara dan Selatan.
LOKASI
1. Berada didalam kawasan pentadbiran daerah Jasin iaitu Pejabat Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin , Melaka
2. Berada didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan
3. Berada didalam Parlimen Alor Gajah
4. Berada didalam kawasan politik Bahagian Alor Gajah
KEJADIAN / FAKTA
1. Pada bulan April tahun 2010 telah berlaku kemalangan di persimpangan medan selera selandar melibatkan motorsikal dengan lori pasir yang mengakibatkan kecederaan parah dikepala. Bantuan segera tidak dapat berikan oleh pihak klinik Selandar kerana tiada kemudahan ambulance dan kurang kakitangan. Setelah beberapa lama menunggu bantuan tiba menyebabkan mangsa kemalangan yang parah itu meninggal dunia kerana tiada bantuan kecemasan awalan diberikan.
2. Pada bulan September tahun 2011 telah berlaku kemalangan dihadapan pejabat UMNO Alor Gajah diantara motorsikal dan kereta yang menyebabkan pemandu motorsikal tersebut patah kaki. Bantuan kecemasan awalan tidak dapat diberikan dan tiada perkhidmatan ambulance segera dapat diberikan untuk ke hospital Jasin sejauh 20km. Ini memaksa orang ramai menggunakan kenderaan Toyota Hi-Lux untuk menghantar mangsa ke hospital.
3. Pada awal tahun 2010 juga telah berlaku bencana alam seperti banjir di awal pagi menyebabkan bantuan lewat diterima dan meningkatkan kerugian diakalangan mangsa banjir.
PENDUDUK DAN PENEMPATAN
1. Jumlah penduduk sekitar seramai 20,000 orang
2. Terdapat 6 buah taman berdekatan
3. Pola penempatan berpusat di pekan Selandar , Pekan Batang Melaka dan Pekan Nyalas
4. Pola penempatan berjajar meliputi kampong Selandar , kampong Bukit Senggeh , Kampung Jus , Kampung Mantai , kampong kesang pajak dan Kampung Gapis.
5. Faktor berpusat adalah kerana pekan , pusat ekonomi seperti IKS dan Felda dan pusat pendidikan seperti Sekolah Integrasi , Institut Latihan Perindustrian , Kolej Komuniti dan kolej Pekida Malaysia.
FAKTOR PENDESAK KEPERLUAN BILIK GERAKAN JPAM
1. Jumlah penduduk yang kian bertambah dari masa kesemasa
2. Peningkatan aktiviti ekonomi dan pembangunan pertanian dan perindusrian green-tech.
3. Pewujudan institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti , Institut Latihan Perindustrian , Sekolah Integrasi , Sekolah Agama Berasrama Penuh , Kolej Pekida Malaysia dan sekolah berhampiran.
4. Laluan atau jalan utama daripada pekan Gemencheh , Air Kuning , Felda felda gugusan Keratong , Jelai , Kepis , Palong dan sebagainya dari Negeri Sembilan untuk kenegeri Melaka.
5. Persediaan berlaku bencana alam seperti banjir dan ribut kerana bencana ini pernah berlaku 10 tahun sejak kebelakangan ini.
PENUTUP DAN HARAPAN
1. Besar harapan kami agar Kerajaan dibawah Barisan Nasional memandang serius keperluan bilik gerakan JPAM ini dikawasan selandar.
2. Pewujudan bilik gerakan ini sebagai satu bukti jelas dan nyata kerajaan mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat kerana kedudukan kawasan Selandar dan Dun Asahan ini dipinggir pinggir Bandar dan juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan symbol 1 Malaysia.
3. Kami bersetuju dan menyokong apa saja keputusan untuk meletakkan bilik gerakan JPAM di dalam kawasan pekan selandar ini asalkan ianya memberi menafaat kepada penduduk Selandar dan Dun Asahan sekitarnya.
4. Rakyat akan berterimakasih dan sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan BN adalah kemenangan mutlak di Dun Asahan dan Parlimen Alor Gajah.
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
UMNO JUARA RAKYAT
Yang Menjalankan Tugas,
(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK,PBB)
Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan
follow on twitter SUHAIZANNOH
Tel : 012-3311452
Email : suhaizan78@gmail.com