MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

ANAK YG KENA LIWAT BAPAK PULAK CEMBURU..

0

Assallamualaikum dan salam perjuangan
hari ini saya terperanjat bila mendapat satu maklumat berkenaan ayah saiful yang menuduh anaknya menjadi mangsa konspiransi tuduhan meliwat terhadap anwar..tatkala kita membela anaknya tetapi dia sbg bapa telah mengatakan semua ini konspirasi....huhuhu...apakah semua ini disebabkan wang atau kepentingan diri????

Bapa Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim, baru sekejap tadi membuat sidang media dengan ditemani oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, untuk memutarbelitkan cerita dan fakta berhubung kes liwat anaknya membabitkan Ketua Umum PKR, yang telah diputuskan oleh mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana masalah teknikal.

Menurut Azlan Mohd Lazim, kes liwat itu adalah kes konspirasi membabitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Katanya lagi, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.

Azlan Mohd Lazim berkata demikian dalam satu sidang media tertutup di sebuah apartment di Tingkat 27, berhampiran Taman Melati, Kuala Lumpur pagi tadi.

Sudah tentulah berita tersebut amat menggembirakan para penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim.

Namun, sumber terdekat dengan keluarga tersebut menyatakan, satu pergaduhan besar tercetus ekoran tindak tanduk Azlan Mohd Lazim sendiri. Pergaduhan anak beranak serta beberapa tuntutan kehendaknya tidak dipenuhi, membuatkan Azlan Mohd Lazim berpaling kepada Johari Abdul yang telah berjanji untuk membayarnya RM1 juta sekiranya dia membuat U-TURN.

Secara fakta, bapa Azlan Mohd Lazim hanya muncul apabila berita tentang Saiful Bukhari diliwat mulai diketahui. Azlan yang diketahui mempunyai hutang keliling pinggang cuba mengambil kesempatan bagi meraih duit mudah. Berharap agar Najib Abdul Razak membuat bayaran kerana punggung anaknya dikatakan boleh menjatuhkan Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim berang apabila tuntutannya tidak dilayan.

Beberapa ancaman dan ugutan telah dilakukan. Namun tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian kepadanya.

Punca itulah yang menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan dalam keluarganya. Saiful Bukhari dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan bapanya yang cuba mengaut keuntungan mudah. Apatah lagi bapanya, hanya muncul setelah dia menjadi bahan sensasi media dan tumpuan umum ekoran dakwaannya bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Sehingga artikel ini ditulis, Saiful Bukhari masih lagi berpegang kepada dakwaannya bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah keputusan perbicaraan juga menunjukkan terdapat banyak bukti yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari. Bagaimanapun, ‘MASALAH TEKNIKAL’ sekali lagi menyelamatkannya daripada dihukum.

0 comments: