MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KEMAMPUAN ATM TERBUKTI - HARIAN METRO

0
Oleh Razlan Salleh
Lahad Datu: “Kita satu-satunya negara di dunia memenangi peperangan dengan komunis yang menggunakan taktik gerila,” kata Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kewibawaan dan kemampuan pasukan keselamatan negara dalam menangani ancaman saki-baki pengganas di sekitar Felda Sahabat, di sini, yang kini dikatakan menggunakan taktik perang gerila.
Zulkiple berkata, kepakaran dan taktik pasukan keselamatan kita mampu menandingi taktik gerila pengganas yang menceroboh negara ini sejak 12 Februari lalu dan sebahagian kecil masih berkubu di Tanjung Batu.

“Kemampuan pasukan keselamatan kita sudah terbukti apabila 62 pengganas ditembak mati setakat ini,” katanya.

Menurutnya, perlu disedari pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya sudah lama menghadapi taktik serangan gerila, termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 hingga 1989 hingga berjaya melumpuhkan kumpulan pengganas itu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20
 
 

0 comments: