LAHAD DATU SABAH
0
UPDATE Berita Harian 20 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan sekumpulan rakyat Filipina yang menceroboh ke negara ini melalui Kampung Tanduo, di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
“Kami sedang berusaha ke arah itu (menamatkan konflik)…dan kami sudah buat satu langkah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik ini melalui rundingan dan seterusnya mencapai episod yang baik,” katanya.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab polis dalam mengawal insiden seperti ini (pencerobohan) seterusnya menyelesaikannya segera mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.“Saya mengesahkan keadaan di sana terkawal, kita telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani situasi berkenaan…kita sedang mencari solusi terbaik dalam mengusir mereka mengikut perundangan yang ada,” katanya.
Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen serta daerah terbaik sempena Op Selamat 2, di sini, hari ini.
Selasa lalu, pasukan keselamatan menemui sekumpulan rakyat asing bersenjata serta berpakaian tentera mendarat di pesisir Lahad Datu dan polis sudah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo itu sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Dalam pada itu, Ismail yang turut menyangkal beberapa dakwaan di laman sosial dan khabar angin berhubung situasi di Kampung Tanduo, berkata ia adalah dalam bidang kuasa polis serta menasihatkan orang ramai supaya berhenti membuat andaian dan spekulasi.
“Saya lihat banyak gambaran di laman sosial yang tidak tepat mengenai situasi di sana (Kampung Tanduo)…ini adalah tanggungjawab polis. Saya harap kita tidak terlalu cepat membuat andaian,” katanya.
KLIK DISINI - SUMBER
Read more: http://sabahluv.com/status-terkini-pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di-lahad-datu-terkawal-part-2/#ixzz2NILeFAJm