Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Sepintas langsung tentang perancangan untuk mebina gelanggang Ade Putra Kompleks Silat Melayu di kaki gunung Ledang di Asahan..
KOMPLEKS
SENI SILAT MELAYU
GELANGGANG
ADI PUTRA
ASAHAN
MELAKA
KELAM KELIP
KU SANGKA API
KALAU API
MANA SUMBUNYA
HILANG GHAIB
KU SANGKA MATI
KALAU MATI
MANA KUBURNYA
*******************************************
LAGENDA ADI PUTRA
MAHAGURU SILAT DATO LAKSAMANE HANG TUAH
DAN LIMA PENDEKAR
MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
1.0
PENDAHULUAN
Kompleks Seni Silat Melayu satu lagi mercu tanda pencak silat Melayu
kian dimertabatkan di negeri bertuah dan bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Kemajuan Melaka bukan sahaja diukur dari pembangunan fizikal dan urbanisasi
tetapi pembangunan Melaka juga sejajar dengan penjagaan dan pemeliharaan
warisan seni Melayu iaitu silat warisan bangsa.
Gelanggang Ade Putra diwujudkan di kaki gunung Ledang kerana sejarah
dan lagenda Dato Laksamane Hang Tuah dan Lima pahlawan Melaka bermula di gunung
Ledang kerana mereka bukan sahaja menuntut ilmu kependekaran tetapi juga
menuntut ilmu sufi dengan Pendita Sang Ade Putra di gunung Ledang. Ini juga
akan menyuntik semangat dan jatidiri dikalangan anak bangsa untuk mempelajari
dan mengembangkan silat seperti mana kata kata Dato Laksamane Hang Tuah..
Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan kata kata keramat ini sebenarnya
lahir dari Pendeta Sang Ade Putra yang diamanahkan kepada Dato Laksamane untuk
anak melayu di dunia ini.
2.0
MATLAMAT
Menyediakan satu tempat latihan yang komprehensif untuk para pesilat
dimana konsep adalah tradisional tetapi kemudahan fasiliti adalah moden dan
terkini.
3.0
OBJEKTIF
A.
Menyediakan satu kemudahan yang lengkap untuk
para pesilat kampong berlatih dan mempersiapkan diri untuk sebarang persembahan
dan pertandingan.
B.
Memberi peluang yang luas kepada belia desa
untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri dan menjadi pusat
kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.
C.
Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran silat
kawasan / parlimen tersebut.
D.
Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan
mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.
4.0
PENGISIAN
A.
GELANGGANG SILAT ADE PUTRA
-
Ruang yang cukup dan berbumbung untuk
mengadakan latihan pencak silat bersama dengan peralatan silat olahraga.
-
Ruang yang cukup untuk membuat lompatan dan
seni tempur
B.
WAKAF UNTUK LATIHAN GENDANG
-
Tempat untuk latihan gendang dan instrument
untuk mengiringi pencak silat.
C.
HALAMAN
-
Disediakan kiosk untuk peniaga menjual hasil
kraftangan dan barangan tradisional samada makanan ringan atau makanan tradisi
D.
KELENGKAPAN GYMNASIUM (TINGKAT BAWAH RUMAH
MELAYU)
-
Tingkat bawah disediakan gymanasium untuk
pesilat menjalani latihan kecergasan dan kekuatan fizikal.
E.
RUANG PENTADBIRAN DAN GALERI SILAT MELAYU
(TINGKAT ATAS)
-
Tingkat atas adalah merupakan ruang galeri dan
pentadbiran untuk menguruskan persatuan silat di kawasan berdekatan
5.0
RANCANGAN AKTIVITI
A.
SETIAP HARI
·
Membuka latihan gym kepada belia kampong.
·
Latihan pesilat olahraga atau kick boxing
kepada belia kampong.
·
Kios dibuka untuk jualan makanan kepada
pengunjung.
·
Latihan tarian kebudayaan boleh diadakan.
B.
HUJUNG MINGGU
·
Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh
dijalankan
·
Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan
masyarakat.
·
Kursus kemahiran seni beladiri setiap jenis
pencak silat.
·
Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan
pelbagai seni beladiri lain.
·
Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh
diadakan.
C.
BERKALA ATAU BERMUSIM
·
Program sembang sembang belia bersama pemimpin
·
Tempat pertemuan pelbagai persatuan silat
·
Tempat perhimpunan pesilat
·
Tempat pertandingan persilatan
·
Mengadakan ceramah ditempat terbuka
6.0
LOKASI
Dicadangkan dibina di atas tanah kerajaan di kaki gunung ledang di
Asahan lebih kurang 20 km dari Bandar Jasin dan 60 km dari Bandaraya Melaka.
Pekan Nyalas terletak di dalam dun Asahan dan dalam Parlimen Alor Gajah.
7.0
AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B
, Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.
·
Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah
·
Majlis Belia Felda
·
Persatuan Seni Silat Melaka
o
Seni Silat Kota Sendeng
o
Seni Silat Gayung Malaysia
o
Seni Silat Gayung Fatani
o
Seni Silat Kilau Cendana
o
Seni Silat Cekak Malaysia
o
Seni Silat Pukulan Melaka
·
Persatuan NGO yang lain seperti:-
o
Pekida Malaysia
o
Perkasa Malaysia
o
Pergerakan Pemuda UMNO
o
Pergerakan Puteri UMNO