MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HINA PEMIMPIN UMNO MELAKA??

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tindakan seorang bloggers yang menghina dan menuduh seorang pemimpin UMNO hanya terpana dengan kehangatan pemilihan UMNO tahun ini adalah satu langkah yang menongah arus dan songsang.. Segala butiran didalam bloggers tersebut adalah spekulasi dan andaian semata tetapi isinya telah menghina seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan seorang pengerusi perhubungan UMNO negeri.

Kenapa ianya berlaku???

Inilah faktor utama yang menyebabkan BN kalah beberapa kerusi di parlimen dan Dun pada PRU yang lepas..dia merasakan dirinya hero dan lantang bersuara tetapi tindakannnya menyiarkan keaiban pemimpin UMNO yang lain telah menampakkan siapa dirinya sebenar..

Belum ada pun sebarang pengesahan untuk pemimpin UMNO itu bertanding...cuma andian sinis yang sebenarnya bertujuang untuk menghina pemimpin tersebut dan bertujuan untuk merosakkan parti UMNO itu sendiri.. Adakah ini dikatakan sebagai pejuang siber atau hanya lebih kepada perjuangan individu..

Jika dia seorang yang bertanggung jawab hendaklah memohon maaf kepada pemimpin UMNO tersebut dan menarik balik artikel di blogspotnya yang menghasut dan boleh merosakkan pemimpin dan UMNO itu sendiri.. JK displin UMNO perlu mengambil tindakan jika tidak maka banyaklah bloggers celupar yang akan merosakkan peribadi pemimpin dan hanya meruntuhkan kredibiliti UMNO itu sendiri...

Wajarkah DS Ali Rustam dihina sehingga tidak menghurmati rakyat Melaka yang menyanjung beliau sebagai seorang Ketua Menteri yang terbaik???



diantara keceluparan bloggers ini :-


Soal yang kedua,mampukah Ali Rustam menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung sedangkan sewaktu beliau memPengerusikan Biro Latihan,semua orang tahu apa yang terjadi kepada Biro tersebut dan kita perlu tahu bahawa popularity Ali Rustam hanyalah kerana `kebaikan’nya menganugerah darjah-darjah kebesaran kepada rakan-rakannya dalam UMNO,ini dilihat oleh sesetangah pihak sebagai jalan memancing undi dan sokongan sedangkan hakikatnya andai Ali Rustam kekal bertanding di DUN baru-baru ini pun berkemungkinan besar beliau akan turut kalah.
*mempertikaikan penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka???

Kalaulah Ali Rustam itu dilihat hebat rasanya Ghani Othman lagi hebat daripada Ali dan tidak pernah dihukum oleh parti walaupun beliau kalah di Parlimen Gelang Patah,sekurang-kurangnya ada juga jasa Ghani Othman terhadap Johor kalau mahu dibandingkan dengan Ali Rustam yang dikatakan meninggalkan hutang hampir 450 juta sewaktu mentadbir Melaka.Apa pembangunan.yang Ali Rustam buat,itu kalau mahu dibuat perbandingan antara Ali dengan Ghani Othman.
*Fitnah kepada kerajaan negeri Melaka???

Ataupun PM Najib sedang berkira-kira untuk melantik Ali Rustam sebagai Senator,dilantik Menteri bagi menghalalkan jawatan Ketua Penerangan UMNO.Lagi sedap pembangkang menyerang PM Najib di Parlimen.PM Najib tentu tidak lupa bagaimana Mat Taib yang dilantik Senator.diberikan jawatan Menteri,menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden parti,kalah dan akhirnya menikam parti daripada belakang dengan menyertai PAS,PM Najib tidak bimbangkah akan berulang peristiawa yang sama dan kita pasti Ali Rustam masih lagi bercita-cita untuk jawatan itu?

*Menyamakan Muhamad Taib dengan Ali Rustam dan memungkinkan Ali Rustam menikam parti dari belakang???

klik sini :http://www.sanggahtokjanggut.blogspot.com/

kami warga Melaka berharap UMNO dan kerajaan Negeri Melaka mengenakan tindakan tegas kepada bloggers ini supaya tidak sewenang wenangnya menghina pemimpin UMNO apatahlagi bekas Ketua Menteri Melaka yang kita tahu telah banyak menabur jasa kepada bumi bertuah Melaka tercinta..kami warga Melaka menghurmati Tok Janggut sebagai pejuang negara dan janganlah guna nama seorang ahli sufi dalam bloggers kalau niat hanya untuk menghentam sesama bangsa Melayu dan seagama Islam kerana itu bukan amalan Tok Janggut...kalau nak jadi pejuang guna nama sendiri dan boleh tukar kepada sanggah tok jambang!!!

PETIR SAMBAR MENYAMBAR DAN GURUH BERDENTUM AIR SETEMPAYAN SUDAH DIBUANG....AKHIRNYA HUJAN TAK JADI..........


0 comments: