MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Bot Karam Dipercayai Terlebih Muatan - Pesurujaya Polis Sarawak

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Takziah kepada keluarga mangsa bot karam dan semuga roh yang meninggal dunia ini tenang dan tenteram.. Ini adalah satu kemalangan yang menyayat hati dan amat menyedihkan. Kerajaan perlu mengambil satu langkah drastik bagi memastikan keselamatan penumpang bot ini lebih terjamin dimasa akan datang. Kerana kita tahu bahawa perkhidmatan bot ini amat diperlukan kerana ini adalah salah satu perkhidmatan pengangkutan yang terpenting di sekitar sungai sungai di sarawak.
Satu agensi yang mengawal pergerakan bot ini perlu diwujudkan supaya boleh membendung penumpang yang lebih muatan dan keselamatan bot penumpang itu sendiri dari segi teknikal dan kemahiran kendalian oleh pemandu bot tersebut..
sama sama pastikan supaya kemalangan ini tidak berlaku lagi...
KUCHING: Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga pagi ini terlebih muatan dengan dinaiki lebih 200 penumpang, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata penumpang yang menaiki bot ekspres itu dengan muatan jauh melebihi jumlah yang dibenarkan iaitu 67 penumpang duduk dibuat berdasarkan cerita mangsa yang terselamat dalam insiden itu.
"Identiti mereka yang hilang masih samar kerana belum ada jumlah rasmi penumpang memandangkan pengusaha bot ekspres itu dipercayai tidak menyimpan senarai penumpang," katanya kepada Bernama.
Setakat ini laporan tidak rasmi menyebut 21 orang masih hilang manakala 181 orang lagi berjaya berenang menyelamatkan diri apabila bot ekspres itu terhempas ke batu kira-kira 40 minit selepas meninggalkan pekan Belaga.
Beliau berkata anggota polis, yang terdiri daripada pasukan mencari dan menyelamat, masih berada di tempat kejadian dan sebarang maklumat tepat atau pengesahan berhubung jumlah sebenar mangsa hanya dapat diketahui dalam beberapa jam lagi. -BERNAMA


0 comments: