MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SATU LANGKAH NAMUN MENGORAK HALATUJU MASA DEPAN YANG CEMERLANG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Sejajar dengan senario semasa dan fenomena media baru yang meluas kita barisan belia yang bersyukur dan berterimakasih kepada negara harus mengorak langkah seiring dengan peredaran zaman. Kita seharusnya kehadapan dan sentiasa dinamik berdaya saing untuk memastikan segala usaha dan iltizam kita menjadi satu natijah yang positif untuk anak bangsa yang berjaya.

Kita harus keluar dari kepompong yang hanya mengharapkan sentiasa perlu ditunjuk ajar tetapi kita mesti berani keluar dengan idea idea baru yang telah kita hasilkan setelah melihat dan menilai buruk baiknya pada diri kita masyarakat dan negara. Kepentingan untuk agama bangsa dan negara perlu dijadikan perkara asas dalam setiap pertimbangan supaya kita tidak tersasar dari prinsip rukunegara.

Media baru harus diteroka untuk kebaikan bersama bukannya digunakan untuk memenuhkan nafsu serakah atau hanya ingin merosakan sebuah tamadun bangsa.Kebebasan bukannya tiket untuk kita melakukan apasaja hanya kerana fahaman yang sedikit mengenai kebebasan tetapi gunakanlah dengan iman dan akal supaya media baru yang kita gunakan akan memberi menafaat kepada semua.

Saya mengucapkan syabas kepada sahabat Gerakan Belia 4B Kawasan Alor Gajah kerana kini sedang giat membangunkan laman web GB4B Alor Gajah dan aplikasi media yang lain dan ini pasti menjadi satu lagi aset belia yang membanggakan untuk kita semua. Diharap gunakanlah kemudahan ini untuk sebagai satu tanggung jawab kepada masyarakat untuk menyebarkan info info terkini dan kebenaran supaya masyarakat belia kita lebih terjamin dengan cerita dan berita yang tepat lagi benar...Kita Cipta Sejarah Hari Ini Untuk Masa Depan Yang Gemilang..Anda Pilih Kami Buktikan..

Tahniah dan Syabas..

Bergerak!!!

ikhlas,

SUHAIZAN HAJI NOH

Masih Dalam Penyelenggaraan :


http://www.gb4balorgajah.com/v1/

0 comments: