MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

GELANGGANG ADE PUTRA SATU MATLAMAT

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Sepintas langsung tentang perancangan untuk mebina gelanggang Ade Putra Kompleks Silat Melayu di kaki gunung Ledang di Asahan..

KOMPLEKS SENI SILAT MELAYU

 
GELANGGANG ADI PUTRA

ASAHAN MELAKA

  

KELAM KELIP KU SANGKA API

KALAU API MANA SUMBUNYA

HILANG GHAIB KU SANGKA MATI

KALAU MATI MANA KUBURNYA

 

*******************************************

LAGENDA ADI PUTRA

MAHAGURU SILAT DATO LAKSAMANE HANG TUAH

DAN LIMA PENDEKAR

MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

1.0        PENDAHULUAN
Kompleks Seni Silat Melayu satu lagi mercu tanda pencak silat Melayu kian dimertabatkan di negeri bertuah dan bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kemajuan Melaka bukan sahaja diukur dari pembangunan fizikal dan urbanisasi tetapi pembangunan Melaka juga sejajar dengan penjagaan dan pemeliharaan warisan seni Melayu iaitu silat warisan bangsa.

Gelanggang Ade Putra diwujudkan di kaki gunung Ledang kerana sejarah dan lagenda Dato Laksamane Hang Tuah dan Lima pahlawan Melaka bermula di gunung Ledang kerana mereka bukan sahaja menuntut ilmu kependekaran tetapi juga menuntut ilmu sufi dengan Pendita Sang Ade Putra di gunung Ledang. Ini juga akan menyuntik semangat dan jatidiri dikalangan anak bangsa untuk mempelajari dan mengembangkan silat seperti mana kata kata Dato Laksamane Hang Tuah..

Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan kata kata keramat ini sebenarnya lahir dari Pendeta Sang Ade Putra yang diamanahkan kepada Dato Laksamane untuk anak melayu di dunia ini.

 

2.0        MATLAMAT
Menyediakan satu tempat latihan yang komprehensif untuk para pesilat dimana konsep adalah tradisional tetapi kemudahan fasiliti adalah moden dan terkini.

 

3.0        OBJEKTIF
A.   Menyediakan satu kemudahan yang lengkap untuk para pesilat kampong berlatih dan mempersiapkan diri untuk sebarang persembahan dan pertandingan.

B.    Memberi peluang yang luas kepada belia desa untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri dan menjadi pusat kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.

C.   Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran silat kawasan / parlimen tersebut.

D.   Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.

4.0        PENGISIAN  

A.   GELANGGANG SILAT ADE PUTRA

-      Ruang yang cukup dan berbumbung untuk mengadakan latihan pencak silat bersama dengan peralatan silat olahraga.

-      Ruang yang cukup untuk membuat lompatan dan seni tempur


B.    WAKAF UNTUK LATIHAN GENDANG

-      Tempat untuk latihan gendang dan instrument untuk mengiringi pencak silat.
  

C.   HALAMAN

-      Disediakan kiosk untuk peniaga menjual hasil kraftangan dan barangan tradisional samada makanan ringan atau makanan tradisi

D.   KELENGKAPAN GYMNASIUM (TINGKAT BAWAH RUMAH MELAYU)

-      Tingkat bawah disediakan gymanasium untuk pesilat menjalani latihan kecergasan dan kekuatan fizikal.
 

E.    RUANG PENTADBIRAN DAN GALERI SILAT MELAYU (TINGKAT ATAS)

-      Tingkat atas adalah merupakan ruang galeri dan pentadbiran untuk menguruskan persatuan silat di kawasan berdekatan 

5.0        RANCANGAN AKTIVITI

A.   SETIAP HARI

·         Membuka latihan gym kepada belia kampong.

·         Latihan pesilat olahraga atau kick boxing kepada belia kampong.

·         Kios dibuka untuk jualan makanan kepada pengunjung.

·         Latihan tarian kebudayaan boleh diadakan.

 
B.    HUJUNG MINGGU

·         Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh dijalankan

·         Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan masyarakat.

·         Kursus kemahiran seni beladiri setiap jenis pencak silat.

·         Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan pelbagai seni beladiri lain.

·         Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh diadakan.

 
C.   BERKALA ATAU BERMUSIM

·         Program sembang sembang belia bersama pemimpin

·         Tempat pertemuan pelbagai persatuan silat

·         Tempat perhimpunan pesilat

·         Tempat pertandingan persilatan

·         Mengadakan ceramah ditempat terbuka

 

6.0        LOKASI

Dicadangkan dibina di atas tanah kerajaan di kaki gunung ledang di Asahan lebih kurang 20 km dari Bandar Jasin dan 60 km dari Bandaraya Melaka. Pekan Nyalas terletak di dalam dun Asahan dan dalam Parlimen Alor Gajah.

 7.0        AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT

Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B , Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.

·         Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah

·         Majlis Belia Felda

·         Persatuan Seni Silat Melaka

o   Seni Silat Kota Sendeng

o   Seni Silat Gayung Malaysia

o   Seni Silat Gayung Fatani

o   Seni Silat Kilau Cendana

o   Seni Silat Cekak Malaysia

o   Seni Silat Pukulan Melaka

 

·         Persatuan NGO yang lain seperti:-

o   Pekida Malaysia

o   Perkasa Malaysia

o   Pergerakan Pemuda UMNO

o   Pergerakan Puteri UMNO

 





0 comments: