PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA
(PPM-029-04-11012018)
MALAM
ASPIRASI SEMANGAT SILAT MELAYU BERADAT
DENGAN
KERJASAMA
SEKRETERIAT
PEMBANGUNAN SILAT DUN ASAHAN
BUAPAK ADAT
PERPATIH MUKIM NYALAS
MAAHAD
TAHFIZ WAL ULUM DARUL YAMANI
2018 / 1440
MALAM
ASPIRASI SEMANGAT SILAT MELAYU BERADAT
A. PENDAHULUAN
Melayu adalah sebuah bangsa yang unik dan mempunyai ciri-ciri
dan criteria yang tersendiri. Melayu sebenarnya
bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah
wujud sekian lama di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan yang
terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000
batu dari timur ke barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan
kepulauan yang terbesar di dunia.
Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau
kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina
dan termasuk juga Semenanjung Malaysia. Sebelum berlakunya banjir besar yang
menenggelamkan Pentas Sunda dan tamadunnya lebih kurang 10,000 tahun yang lalu,
kumpulan pulau yang terletak di atas Pentas Sunda dipercayai bersambung sebagai
satu tanah besar yang memudahkan pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.
Melayu
diakui mempunyai sifat yang lemah lembut dan kehalusan budi pekerti yang
tinggi. Melayu juga mempunyai ketamadunan bermula ratusan tahun sebelum
terbentuknya empayar Melaka. Kerana itu Melayu telah dianugerahkan oleh Allah
dengan pemikiran yang baik dan mempunyai hikmah.
Silat adalah seni beladiri yang berasal dari kepulauan
nusantara dan ianya sinonim dengan bangsa Melayu. Perkataan Silat bermaksud
seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang
melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang
sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan
seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand,
Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu
muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat.
Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat (orang yang
pandai muslihat).
Adat Perpatih juga adalah merupakan adat yang dikatakan
berasal dari orang Melayu atau Minang di Tanah Minang Sumatera. Adat Perpatih berasal dari tanah
Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan
Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan
dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang
rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan
bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung
Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada
abad ke 14 Masehi.
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi
wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan
sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka
adalah keturunan Melayu Minangkabau.
Dan dari pengetahuan dan kesedaran ini maka
kami dari Persatuan Pancha Warisan Melaka mengambil inisiatif untuk
mengabungkan silat dan adat supaya ianya terus mekar dan kekal di tanah bertuah
ini. Disamping menggabungkan elemen budaya keislaman melalui kumpulan hadrah
dari pusat tahfiz setempat. Disini juga kami akan mengangkat sejatrah
kepahlawanan dan keberanian Dato Penghulu Dol Said Penghulu Naning yang ketika
dulu pernah memenangi peperangan dengan British. Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan
pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun.
Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning
yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika
beliau berusia 26 tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah
pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen
peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol
Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan
cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen
peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol
Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Justeru itu program ini perlu
diadakan supaya dapat membentuk masyarakat mengenali dan mengetahui sejarah
perjuangan bangsa dengan mengamalkan wairsan bangsa seperti silat dan adat
beradat seharian disampin mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
B. ANJURAN
- PERSATUAN
PANCHA WARISAN MELAKA
DENGAN KERJASAMA
- Penghulu Adat dan 13 Orang
Buapak Adat Perpatih Mukim Nyalas
- Sekreteriat Pembangunan Silat
Dun Asahan
- Maahad Tahfiz Wal Ulum Darul
Yamani Nyalas
C. TARIKH / MASA /
TEMPAT
1. Tarikh : November 2018
2. Masa : 8.00 malam
3. Lokasi : Rumah
Penghulu Adat Perpatih Mukim Nyalas , Kg Bukit
Palembang Nyalas
D. PESERTA
BIL
|
PERGURUAN
|
GELANGGANG
|
BILANGAN AHLI
|
1
|
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
|
Asahan
|
50
|
2
|
Persatuan Seni Silat Gerak Tuah
|
Selandar
|
20
|
3
|
Persatuan Seni Silat Chemandi Gerak Sendi
|
Batang Melaka
|
10
|
4
|
Persatuan Seni Silat Lembayung Pelangi
|
Gapis
|
20
|
5
|
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani
|
Jus
|
30
|
6
|
Persatuan Seni Silat Bima Sakti Sejagat Alam
|
Johor
|
20
|
7
|
Persatuan Seni Silat Seliggi Tunggal
|
Melaka
|
20
|
8
|
Persatuan Seni Silat Warisan Sendeng
|
Melaka
|
10
|
9
|
Persatuan Seni Silat Tongkat
|
Melaka
|
10
|
10
|
Maahad Tahfiz Darul Wal Ulum Yamani
|
Nyalas
|
50
|
11
|
Penghulu Adat / Buapak / Jawatankuasa
|
Nyalas
|
30
|
12
|
Ahli Persatuan Pancha Warisan
|
Melaka
|
30
|
|
JUMLAH
|
|
300
|
E. MOTTO
Waja Diri Membina Jati
Diri Bangsa Bermaruah
F. JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM
Pengerusi :
Encik Shahril bin Samzainal
Naib Pengerusi : Encik Sulaiman bin Othman
Setiausaha :
Encik Suhaizan bin Haji Noh
Bendahari :
Encik Nor Hafizi bin Abd Rahman
Jawatankuasa Urusetia/Protokol
- Encik
Samzainal bin Abd Karim
- Encik
Hanif
Jawatankuasa Persiapan Tempat
- Encik
Jizan
- Encik
Ridhwan bin Abd Jalil
Jawatankuasa Keselamatan / Pertolongan Cemas
- Encik
Faizal bin Mohd Yusof
- Encik
Abdullah bin Ismail
Jawatankuasa Publisiti / Penerangan
- Encik
Rahim bin Abd Rahman
- Encik
Rahman
Jawatankuasa Fotografi / Dokumentasi
- Prof
Hanafi
- Encik
Johari
Jawatankuasa Jamuan / Makanan
- Encik
Shahrizan bin Muhammad
- Encik
Mohd Iham bin Md Aris
G. TENTATIF PROGRAM
Majlis Perasmian dan Demontrasi Waja Diri
8.00 :
Tetamu VIP mengambil tempat
8.10 :
Persembahan Qasidah
8.20 :
Ucapan alu-aluan
8.35 :
Ucapan Buapak Samzainal bin Abd Karim
8.45 :
Ucapan Perasmian – Encik Zamrud bin Yahya
9.00 : Penyampian
Cenderamata / Selempang
9.10 :
Demontrasi Waja Diri
BIL
|
PERGURUAN
|
GELANGGANG
|
MASA
|
1
|
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
|
Asahan
|
15 minit
|
2
|
Persatuan Seni Silat Gerak Tuah
|
Selandar
|
15 minit
|
3
|
Persatuan Seni Silat Chemandi Gerak Sendi
|
Batang Melaka
|
15 minit
|
4
|
Persatuan Seni Silat Lembayung Pelangi
|
Gapis
|
15 minit
|
5
|
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani
|
Jus
|
15 minit
|
6
|
Persatuan Seni Silat Bima Sakti Sejagat Alam
|
Johor
|
15 minit
|
7
|
Persatuan Seni Silat Seliggi Tunggal
|
Melaka
|
15 minit
|
8
|
Persatuan Seni Silat Warisan Sendeng
|
Melaka
|
15 minit
|
9
|
Persatuan Seni Silat Tongkat
|
Melaka
|
15 minit
|
10
|
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani
|
Melaka
|
15 init
|
11.30 :
Majlis Penyampaian Cenderamata
11.45 :
Jamuan
12.00 :
Bersurai
H. ANGGARAN KEPERLUAN
KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
RM
|
BIL
|
RM
|
|
Jumlah
|
|
|
1,000.00
|
|
|
|
|
|
II
|
Perbelanjaan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jamuan
|
10.00
|
400
|
4,000.00
|
|
|
|
|
|
|
PA Sistem
|
250.00
|
1
|
250.00
|
|
|
|
|
|
|
Cenderamata VIP
|
50.00
|
5
|
250.00
|
|
|
|
|
|
|
Selendang Amanah
|
50.00
|
10
|
500.00
|
|
|
|
|
|
|
Rakaman / Gambar
|
200.00
|
1
|
200.00
|
|
|
|
|
|
|
Kain Rentang
|
150.00
|
2
|
300.00
|
|
|
|
|
|
|
Luar Jangka
|
300.00
|
1
|
300.00
|
|
|
|
|
|
|
T Shirt
|
20.00
|
30
|
600.00
|
|
Jumlah
|
|
|
6,400.00
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I. PENUTUP
Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat
sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu
permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa
bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu
bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara
berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan
pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih
terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan
Negara.
BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
BERGERAK
WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH
DISEDIAKAN OLEH :
(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK ,BKT,PBB
)
Setiausaha
017-6876799 , 06-5291245 . 06-5293537(faks)
Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL
SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia
76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu
Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
ketika beliau berusia 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak
British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning
dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak
British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn
1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir
tempat di sejarah Melaka.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan
cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen
peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol
Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000
orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831
dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke
tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.Sejak kecil lagi Dol Said
mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri
pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam
seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga
seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.Dengan sikap terpuji dan jasa
beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang kemerdekaan
yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat.
KERTAS KERJA INI ADALAH ANGGARAN DAN SEBAGAI ASAS PROGRAM DAN BELUM DISAHKAN LAGI DALAM MANA MANA MESYUARAT.CUMA SEBAGAI DRAF UNTUK MEMULAKAN GERAK KERJA PROGRAM.
-ADMIN-