MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya

0



PETALING JAYA: Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya atau memberi pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecohan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk undang-undang dan sekolah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kepentingan agama Islam ditekankan sejak lebih 1 abad dulu. Semua pihak harus faham segala urusan agama Islam adalah hak negeri,” katanya dalam kenyataan sempena majlis sambutan 100 tahun pendidikan Islam di Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini.
Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri memikul amanah dan tanggungjawab berkaitan bidang kuasa negeri dengan berani dan tegas, dan mempertahankan kepentingan Johor dan rakyatnya setiap masa.

Sementara itu, Sultan Johor menyorot perhatian kepada percambahan sekolah tahfiz swasta di negerinya dan mengarahkan kerajaan negeri memantau semua sekolah berkenaan.
Sultan Ibrahim mahu tindakan diambil dengan segera ke atas mana-mana pengendali sekolah tahfiz swasta yang gagal memenuhi semua syarat dan keperluan yang ditetapkan.

“Akhir-akhir ini saya perhatikan, banyak pusat tahfiz swasta atau persendirian diwujudkan, dan kemudiannya mereka memohon sumbangan dan bantuan dari orang ramai untuk menampung kos pembangunan dan operasi.

“Suka saya ingatkan kepada kerajaan supaya memantau semua pusat tahfiz. Mereka mestilah mendapatkan sijil pengiktirafan sebelum memulakan operasi dan mana-mana pusat tahfiz yang melanggar syarat hendaklah diarah tutup serta-merta,” katanya.

(KLIK sini) https://www.msn.com

0 comments: