MENYUSUR KAMBALI JALAN YANG PERNAH DILALUI
0
Alhamdulillah
Syukor kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersua di alam maya ini dan dapat menitipkan sesuatu sebagai jurnal kehidupan. Memang sukar untuk mengembalikan semangat yang dulu membara bersama mak dan abah membangunkan gelanggang ini..semuanya nampak kosong bila kita kehilangan tunggak kehidupan yang menjadi tulang belakang pada perjuangan ini..
namun...
kehidupan perlu diteruskan..usaha yang dulu jangan di matikan..kita mesti meneruskan kejayaan terdahulu untuk kejayaan mendatang...untuk menmgembalikan semangat itu kita perlu bina kembali gelanggang dalam diri kita..supaya dapat keserasian diantara luar dan dalam..
kita perlu menyusuri laluan dahulu yang pernah kita lalui untuk membina kembali semangat yang telah hilang itu...melihat kembali keadaan dan perasaan dalam menilai dimana kedudukan kita dan keberadaan kita untuk memanjat kembali tangga kejayaan...dimana kekuatan kita dan bagaimana kelemahan kita mampu menjadi peluang untuk kita teros melonjak mengapai kejayaan...
InsyaAllah..dengan hela nafas yang ada dan keyakinan yang menjadi landasan perjuangan saya akan cuba bangkit perlahan lahan untuk terus membawac kejayaan dalam gelanggang pssks di kg Abbey..
saya tidak akan siasiakan pengorbanan abah dan mak dalam kejayaan gelanggan ini..
mohon doa dan sokongan semua kerana ini bukan untuk individu tetapi apa yang ingin saya lakukan ialah menjadikan seni beladiri sebagai ikon warisan yang berjaya di kawasan kita..
semuga segala usaha akan menjadi dan dilindungi Allah SWT..
Alhamdulillah.....