MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM NASRI BIN SALLEH

0


Allahyarham Nasri bin Salleh AKA Aboy (No 3 dari kiri)

Seorang sahabat yang membesar bersama dalam suasana kampung yang sederhana...walaupun jarak umur dia lagi muda dari saya tapi saya menghurmati beliau sebagai seorang rakan dan pelatih silat dibawah seliaan saya...beliau amat disayangi dan diambil perhatian oleh arwah bonda saya sehingga ada satu masa bonda saya membenarkan beliau tinggal dirumah saya dalam satu tempoh yang lama kerana ketika itu orang membenci dan memfitnah beliau..

sapa tak kenal aboy chinpeng seorang budak yang membersar tanpa kasih sayang ayah sebenar..tinggal bersama ayah tiri dan adik beradik yang lain..jika nak dicerita akan kesusahan saya rasa tak perlulah kerana zaman itu dah berlalu dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah..

tidak dinafikan beliau juga merupakan kanak kanak yang nakal dan sentiasa mencabar kesabaran orang lain..dan yang paling kelakar ade ke patut orang tuduh dia mencuri sereban ayam yang ketika itu dia hanya menaiki basikal..macamana nak curi ayam sereban dengan menaiki basikal....tak logik...dan itu fitnah..

namun keluarga saya mengambil jalan tengah dan arwah mak saya sentiasa menasihati beliau supaya lebih baik bersopan dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan..

untuk makluman arwah jugalah orang pertama yang meminta saya membuka gelanggang di kampung Abbey dan membantu saya dalam peringkat awalan pembukaan gelanggang silat di kampung Abbey..namun akibat dari kesibukan dan kekangan masa arwah tidak dapat menghabiskan silibus pelajarn persilatan..namun beliau mempunyai kemahiran yang baik untuk bermain xylefon ataupun saron dalam permainan gendang silat..

saya tetap mengingati dan menghargai jasa beliau dalam pembinaan gelanggang silat di kampung Abbey..
banyak kenangan bersama beliau namun biarla ia menjadi kenangan manis dalam lipatan sejarah...

ajal maut di tangan tuhan..tak sangka dia pergi dulu dari kita..

Semuga Allah merahmati dan meletakkan ruh beliau dikalangan orang orang  yang beriman...

Amin YRA..

ikhlas sahabat mu

SUHAIZAN HAJI NOH
21.9.2018

0 comments: