MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PEMBUKAAN KEMBALI LATIHAN SILAT DI GELANGGANG KG ABBEY

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
buat sahabat semua yang sudi membaca catatan ini dalam blogspot yang mungkin hanya menyimpan sedikit sebanyak ttng sejarah kehidupan saya untuk tatapan cucu cicit saya selepas ketiadaan saya satu hari nanti…

Gelanggang silat di kampung Abbey itu adalah merupakan warisan semangat ayahanda saya Haji Noh Darmo atau mudah dikenali sebagai wak Noh , Noh Jawa dan Noh satay.. arwah ayah saya juga seorang guru silat yang dikenali sekitar tahun 80an dahulu..minat beliau pada silat juga tidak dinafikan walaupun berlatar belakang keluarga yang susah era pasca Jepun dan bernikah dengan bonda saya pada 1957.

Arwah ayah saya bukan lah orang yang pandai membaca Jawi atau mengaji tetapi beliau juga mempunyai semangat yang kental untuk terus belajar walaupun dikelilingi kesusahan dan kepayahan. bermula belajar silat sendeng dengan guru mbah muningin di kampung dan selepas itu dengan Guru Sidek b Jantan di sungai dua Asahan. berbekal dengan keyakinan dan pengetahuan itu beliau membuka gelanggang silat di kg Abbey ketika menyewa di rumah makcik bedah (Abbey 5).

dan selepas membeli tanah di kampung Abbey iaitu tanah kepunyaan arwah bantut (abbey 7) beliau juga membuka gelanggang silat disitu.dan sehingga kini tapak gelanggang itu menjadi tapak rumah dapur yang ada sekarang. saya sendiri pun tidak merasa belajar dengan arwah ayah saya sendiri dan dia pun menyerahkan saya kepada guru saya sekarang yang juga merupakan rakan seguruan beliau iaitu seni silat kota sendeng..

pada tahun 1999 saya memperoleh cula hijau iaitu pembantu jurulatih dan saya teros membuka gelanggang atas galakkan dan sokongan dari arwah abah dan mak saya..dan bermula dari itu terciptalah perjalanan saya selaku jurulatih silat di gelanggang kampung Abbey sehingga kini..arwah abah dan mak banyak menyokong dan memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat dan amanah dalam persilatan ini. bila saya puasa sunat dan memutih emaklah yang mengejut saya bersahur dan menyediakan juadah sahur dan berbuka..sokongan mak pada saya amat kuat dan sentiasa bersama saya dalam pelbagai aktiviti silat yang saya anjurkan.

Arwah abah juga sentiasa mendoakan dan memberi nasihat kepada saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh onak duri ini.Saya seolah menyambung aspirasi abah dalam persilatan daripada zaman kesusahan dan saya sambung dalam zaman yang penuh kegemilangan dan mengangkat gelangang Abbey sebagai sebuah persilatan yang terkenal dan orang hurmati..saya cuba buat yang terbaik..buat perkara yang menjadi kebanggaan kepada abah dan guru.. 

selepas kehilangan abah (2017) dan mak (2018) terasa amat tidak bersemangat untuk bersilat..hilang semangat dan segalanya..KOSONG dan hilang...namun kehidupan perlu diteruskan..melihat pada telatah siddiq yang baru berumur 2 tahun tapi sudah pandai menggayakan silat...maka terdetik dalam hati ini..ini adalah warisan..dulu berhempas pulas melatih anak orang lain tetapi kenapa ada darah daging sendiri kita tak nak beri pedoman dalam pembelajaran silat ini...arwah atok dan nenek dia minat silat tapi kenapa bakat ada pada dia kita biarkan….

dan gelanggang pun dikemaskan dan dibangunkan kembali..kelas silat kembali dibuka kepada anak anak bangsa yang minat dan mahu meneruskan pelajaran persilatan ini..terimakasih kepada abg lajim dan kak siti yang banyak membantu pembukaan gelanggang pada kali ini..mereka seolah olah sudah memahami yang mereka menjadi sandaran dan mengantikan tugas mak abah dalam gelanggang ini..Alhamdulillah semuga Allah mengizinkan kami sekeluarga meneruskan perjuangan di Gelanggan Nurzulfakar ini….

mak dan abah...izan dan kami akan cuba yang terbaik menjaga hubungan adik beradik dan meneruskan gelanggang silat ini sebagai sebahagian dalam kami sebagaimana mak dan abah buat dahulu...biar pun kami tidak melahirkan pesilat juara mana mana pertandingan tapi kami cuba melahirkan pesilat yang menjadi juara dalam keluarga mereka masing-masing….membela diri keluarga dan masyarakat...…

semuga Allah memelihara dan melindungi kita sekeluarga dan memberi kerahmatan kepada kita semua samada yang hidup ataupun yang mati…….Ya Allah peliharalah ruh kedua ibubapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil dan letakkan lah mereka dalam rahmat Mu sentiasam….Amin YRA..

SEBELUM

SELEPAS












0 comments: