MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HADIR SAMBUTAN JUBLI EMAS PSSKMKWM KE 50 TAHUN 1968 - 2018

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada 16.9.2018 telah berlangsung acara yang gemilang bermula dari pagi hinggalah ke malam hari nya. Satu pencapaian yang amat membanggakan sebagai sebuah pertubuhan silat yang biasa dan hanya tertumpu di satu tempat pada awalnya namun telah berjaya mengorak langkah sebagai sebuah pertubuhan silat yang konsisten , istiqamah dan kaizen dalam penganjuran aktiviti persilatan.Setinggi tinggi tahniah kepada Wak Haron atau Guru Haron kerana berjaya membimbing dan membawa Silat Kunci Melayu Kesatria Warisan ke satu peringkat yang membanggakan.
Perguruan yang pernah bergabung dengan Gabungan Panji Malaysia di bawah YM Almarhom Haji Radin Ismail bin Haji Radin Sanif Al Haj telah berupaya memberi inspirasi terkehadapan untuk menjadikkan perguruan ini terus maju dan bersaing dengan perguruan silat yang lain.

Mungkin ramai yang tidak mengenali atau mengetahui kewujudan PERGURUAN SENI SILAT KUNCI MELAYU KESATRIA WARISAN MALAYSIA namun kini mereka sedang mengorak langkah dengan langkah yang penuh beradap beradat dan berhemah untuk meneruskan legasi ini kemercu kejayaan tanpa merosakkan keaslian dan kewujudan sebenar sejarah perjuiangan mereka.

Kita terus mendoakan agar perguruan / pertubuhan ini terus maju dan berkembang. Tahniah semua warga kerja dan Kerabat PSSKMKWM .
TERBAIK.


TERIMAKASIH SIJIL SEBAGAI KENANGAN

BERSAMA WAK HARON GURU UTAMA NI

SAHABAT SEPERJUANGAN

BERSAMA KANDA RAHIM..AMBIL AURA QUANTUM JAP

PENGHULU NANING BERSAMA DALAM MAJLIS TERSEBUT

ANAK ANAK SILAT

PANJI RIA TETAP STEADY

BERSAMA SU PERGURUAN..TERBAIK

PAK MAN KAMPA SILEK MELAYU

BOLEH KLIK : JEMPUTAN PADA 2013


0 comments: