25.10.2014 - KENANGAN MANIS YANG KEKAL TERPAHAT
0
Assallammualaikum dan salam perjuangan…
Tatkala catatan ini ditulis ialah pada 26.10.2018 jam 1.00 pagi..sambal background lagu UKAYS dan algu lagu ini mengimbau kenangan ketika tingkatan 5 tatkala nak ambil SPM..
25.10.2014 adalah satu Tarikh bersejarah dalam kehidupan apabila dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi kategori belia peringkat negeri Melaka..
apatah lagi ketika itu dikelilingi oleh insan yang amat disanjung dan disayangi iaitu abah dan emak...dapat jua aku buktikan yang selama ini aku berjuang dalam belia dihargai oleh kerajaan negeri melaka..dengan penganugerahan tersebut memberi rangsangan dan semangat untuk terus bergerak dalam NGO dan badan kesukarelaan.
pic yang penuh kenangan ini menyentuh perasaan seolah berpasir mata ini menahan sebak kerana rindu yang tiada penghujung dan akan kubawa hingga keakhir hayatku.
mak dan abah banyak menyokong aku dan sumber kekuatan aku untuk berjuang dan berdiri di muka bumi ini…
ya Allah ku bermohon pada Mu agar kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku..dan tempatkanlah mereka dalam naungan kasih dan rahmatMu ya Allah..
Amin YRA...
catatan pada 28.10.2014
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya dan kasih sayang-Nya telah mentakdirkan sesuatu yang
tidak pernah termimpi atau terlintas dalam benak jiwa raga saya. Tidak pernah
dalam hidup saya untuk mensasarkan atau menetapkan halatuju selama apa yang
saya lakukan ini adalah untuk mendapat pengiktirafan tersebut kerana saya tahu
dengan apa yang saya sumbangkan selama ini bukanlah yang terlalu hebat tetapi
ikhlas dan istiqamah dengan apa yang saya yakini benar dan diterima oleh Allah
SWT.
Anugerah Ali bin Abi Talib Tokoh Belia sempena
Maal Hijrah 1436 adalah sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran dan akal
saya. Tidak pernah saya menginginkan atau mengkehendaki gelaran tersebut tetapi
cukuplah dengan apa yang saya lakukan dalam perjuangan belia hari ini diterima
dan dihargai..
Saya amat bersyukur kepada-Mu ya Allah dan amat
berterimakasih kepada kedua ibubapa saya dan keluarga saya yang amat memahami
minat dan pendirian saya berkaitan belia dan sentiasa menyokong membantu dan
bersama biar apa jua keadaan saya samada suka atau duka.Isteri saya juga yang
sanggup berkongsi minat dengan saya untuk sama sama memajukan bangsa dan
kesucian agama ini.
Saya juga mengucapkan terimakasih kepada Kerajaan
Negeri Melaka dan jabatan Agama Islam Negeri Melaka kerana memilih saya untuk
anugerah tersebut dan ini memberi satu pencetus semangat dan iltizam untuk
terus bekerjasama dalam mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan orang
muda berilmu berakhlak dan bersyukur.
Saya memohon maaf dan saya berharap agar kerjasama
antara semua pihak bagi memartabatkan suara belia dan sama sama membela dari
segi pendidikan dan ekonomi belia kini.
Semuga Allah memberkati dan merahmati negeri
Melaka dan rakyat juga pemimpinnya.
Wasallam
Ikhlas
SUHAIZAN HAJI NOH
Kg Abbey , Melaka