MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Pesawat Lion Air terhempas di Sumatera

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian , Dunia digemparkan dengan satu lagi tragedi yang menyayat hati..Satu persatu ujian yang menimpa negara jiran kita menyebabkan kita terus bersimpati dan terus mendoakan agar keselamatan dan mempermudahkan segala urusan mereka..

Kali ini kita digemparkan dengan kapal terbang awam milik Lion Air Indonesia terhempas ketika baru saja berlepas dari lapangan terbang Jakarta..Indonesia baru saja dilanda badai Tsunami di Palu yang mengorbankan ribuan jiwa dan kali ini Indonesia sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila kapal terbang menumpangnya terhempas dan terjunam di lautan Jawa..

Takziah kepada keluarga mangsa dan Al Fatihah kepada jiwa yang terkorban...
RIP...



Pesawat Lion Air terhempas di Sumatera

JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan bahawa pesawat Lion Air yang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke pulau Pangkal Pinang di Sumatera, terhempas, sebentar tadi.

“Saya mengesahkan bahawa ia (pesawat Lion Air) terhempas,” kata jurucakap agensi, Yusuf Latif menerusi khidmat pesanan teks ketika diminta mengulas mengenai nasib pesawat Lion Air terbabit.
Menurut pihak berkuasa, pesawat berkenaan dilaporkan putus perhubungan selama 13 minit selepas berlepas.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh perkhidmatan Flightradar 24, pesawat terbabit adalah Boeing 737 MAX 8.

Setakat ini, tiada maklumat diterima mengenai jumlah penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan.




“Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana sedang mengumpul maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia melancarkan operasi mencari dan menyelamat pelsawat Lion Air yang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Pesawat JT-610, Lion Air itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi (waktu tempatan), sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan).

Ia dijadualkan mendarat di Pangkal Pinang pada 7.20 pagi (waktu tempatan). - Reuters/Agensi



JAKARTA 29 Okt. - Pesawat Lion Air yang mem­­bawa 188 penum­pang dan kru dipercayai tenggelam selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, hari ini, sejurus berlepas dari ibu negara ini menuju ke Sumatera.
Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan na­has melibatkan pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas berle­pas dan sebuah bot tunda yang sedang meninggalkan pelabuhan Jakarta melihat jet penum­pang itu jatuh.



Bagaimanapun tiada tanda-tan­da mangsa terselamat dalam nahas pesawat baharu, Boeing 737 MAX 8 dan pasukan menye­lamat menemukan beberapa ce­bisan manusia di lokasi nahas, ki­ra-kira 15 kilometer dari pantai.
“Kami masih belum mengetahui sama ada terdapat mangsa terselamat namun kami berha­rap, kami berdoa namun tidak dapat mengesahkan,” kata ketua agensi itu, Muhammad Syaugi.
Muhammad Syaugi berkata, antara barangan penumpang yang ditemukan di perairan di­percayai lokasi nahas pesawat itu ialah telefon bimbit dan jaket keselamatan,
“Kami sudah berada di lokasi, kapal dan helikopter kami se­dang berlegar di perairan itu ba­gi membantu dan pada masa sama akan menyelam bagi mencari serpihan pesawat,” katanya.
Sekurang-kurangnya 23 kakitangan kerajaan berada di dalam pesawat manakala jurucakap na­vigasi udara berkata, kapten pesawat berkenaan ada me­minta kebenaran untuk berpatah balik sebelum terputus hubungan.

Serpihan dipercayai daripa­da pesawat termasuk tempat du­duk penumpang ditemukan berhampiran kemudahan penapis minyak pesisir pantai milik sya­rikat Pertamina.
Berdasarkan maklumat daripada portal Flightradar24, pesawat JT610 berlepas dari Jakarta kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di Bangka-Belitung kira-kira pukul 7.20 pagi.
Isyarat pertama menunjuk­kan pesawat itu berdepan masa­lah adalah kira-kira 2 minit pe­­­nerbangan iaitu semasa jet pe­numpang itu mencapai ke­ting­gian 610 meter,
Jet itu kemudian menurun le­bih 152 meter dan melencong ke kiri sebelum berjaya naik pada ketinggian 1,524 meter, ketinggian yang digunakan sepanjang penerbangan itu.
JT610 kemudian mula mendapat kelajuan pada saat akhir yang mencapai 638 kilometer sejam sebelum data hilang semasa ia berada pada kedudukan 1,113 meter.
Kedudukan terakhirnya di­­kesan kira-kira 15 kilometer utara pantai Indonesia berdasarkan koordinat terakhir daripada portal terbabit.




Jika kesemua penumpang terbunuh, nahas melibatkan Lion Air akan berada pada kedudukan kedua kemalangan udara terburuk di negara ini selepas insiden melibatkan Garuda Indonesia A300 yang terhempas di Medan dan mengorbankan 214 orang.
Satu-satunya nahas terburuk Lion Air yang diasaskan pada 1999 berlaku pada 2004 apabila pesawat MD-82 terhempas semasa mendarat di Bandar Solo, dengan mengorbankan 25 daripada 163 penumpang.
Sementara itu, timbalan ketua operasi mencari dan menyelamat, Nugroho Budi berkata, pihaknya menetapkan tempoh tujuh hari bagi mencari mangsa jet penumpang dan tempoh itu akan ditambah bergantung kepada keperluan.




Katanya, buat masa ini, kira-kira 300 anggota daripada pelbagai agensi termasuk nelayan membantu dalam operasi menyelamat pesawat malang itu.
Sementara itu, Lion Air dalam satu kenyataan berkata, sebanyak dua warga asing terlibat dalam nahas itu iaitu juruterbang Kapten Bhavye Suneja dari India dan seorang penumpang warga Itali. – REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesawat-lion-air-jt610-terhempas-1.777628#ixzz5VP8oIQfK
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Di bawah merupakan 181 senarai nama penumpang dan 7 kru kapal terbang Lion Air JT-610 yang terkorban.
1. Rang Adiprana
2. Vivian Afifa
3. Indra Bayu Aji
4. Firmansyah Akbar
5. Wahyu Alldila
6. Resky Amalia
7. Restia Amelia
8. Muhammad Andrian
9. P. Anggrimulja
10. Dede Angraini
11. Liu Anto
12. Vicky Ardian
13. Arfiyandi
14. Reni Ariyanti
15. Riyan Aryandi
16. Chairul Aswan
17. Paul Ayorbaba
18. Fauzan Azima
19. Naqiya Azmi
20. Berly Boen
21. Adoni Bongkal
22. Matth Bongkal
23. Hari Budianto
24. Ar. Budiastuti
25. Ken Cannavaro
26. Liu Chandra
27. Fe Christanto
28. Ariska Cici
29. Dadang
30. Nursi Damanik
31. Dia Damayanti
32. Dary Daryanto
33. Janu Daryoko
34 . Prato Dewanto
35. Inayah Dewi
36. Jannatun Dewi
37. Sui Di
38. Dolar
39. Dony
40. Dwinanto
41. Abdul Efendi
42. Capt. Efendi
43. Jan Efriyanto
44. Sri Endang
45. Eryanto
46. Xhe Fachridzi
47. Mohammad Fadillah
48. Der Febrianto
49. Filzaladi
50. Fiona Ayu Zen
51. Trie Gautama
52. Achmad Hadi
53. Tri Hafidzi
54. Fifi Hajanto
55. Ibnu Hantoro
56. Hardy
57. Fais Harharah
58. Darw Harianto
59. Har Harwinoko
60. Chandra Hasan
61 Has Hasnawati
62. Hedy
63. Hendra
64. Herju Herjuno
65. Dewi Herlina
66. Henny Heuw
67. Ambo Malis HM
68. A Innajatullah
69. Dicky Jatnika
70. Ervin Jayanti
71. Muhammad Jufri
72. Tami Julian
73. Juma Jumalih
74. HK Junaidi
75. Dodi Junaidi
76. Vera Junita
77. Karmin Karmin
78. Y Kartikawati
79. Kasan
80. Tesa Kausar
81. Abdul Khaer
82. Sui Khiun
83. Khotijah
84. Chandra Kirana
85. Ariauw Komardy
86. Igan Kurnia
87. Mariya Kusum
88. Liany
89. Linda
90. Luhba Toruan
91. Mahheru
92. Andr Mangredi
93. Martono
94. Sekar Maulana
95. Mito
96. Moejiono
97. Monni
98. Msyafii
99. Akma Mugnish
100. Murdiman
101. Murita
102. .Muhammad Nasir
103. Njat Ngo
104. Nie Nie
105. Zulva Ningrum
106. NoeGrohantoro
107. Noorviantoro
108. Agil Nugroho
109. Hesti Nuraini
110. Joyo Nuroso
111. Nurramdhani
112. Onggomardoyo
113. Yoga Perdana
114. Chris Prabowo
115. Riwan Pranata
116. Rio Pratam
117. Junior Priadi
118. Ruslian Purba
119. Puspita Putri
120. Fatikah Putty
121. N Rabagus
122. Shan Ramadhan
123. Ruma Ramadhan
124. Muchta Rasyid
125. Ema Ratnapuri
126. Rebiyanti
127. Nur Rezkianti
128. Rijalmahdi
129. Muhammad Riyadi
130. Imam Riyanto
131. Akhim Rokhmana
132. Romhan Sagala
133. Sah Sahabudin
134. Martua Sahata
135. Ubaidi Salabi
136. Nikky Santoso
137. Yunit Sapitri
138. Mawar Sariati
139. Ase Saripudin
140. Hi Saroinsong
141. Sas Sastiarta
142. Rudolf Sayers
143. Nata Setiawan
144. Cosa R Shabab
145. Shella
146. Sian
147. Man Sihombing
148. Yul Silvianti
149. Nu Sitharesmi
150. Nia Soegiyono
151. Rizal S. Putra
152. Mack Stanil
153. Eka M Suganda
154. Rank Sukandar
155. Idha Susanti
156. Rober Susanto
157. Wahyu Susilo
158. Eko Sutanto
159. Eling Sutikno
160. Sya Syahrudin
161. Hendra Tanjaya
162. Tan Mr Toni
163. Trianingsih
164. Maria Ulfah
165. Bambang Usman
166. Verian Utama
167. Miche Vergina
168. Wanto
169. Wendy
170. Radik Widjaya
171. Krisma Wijaya
172. Daniel Wijaya
173. Andr Wiranofa
174. Witaseriani
175. Wulurastuti
176. Nicko Yogha
177. Reo Yumitro
178. Yuniarsi
179. Yunita
180. Bayi 1
181. Bayi 2

Kru : Pilot & Pramugari
1. Bhavve Suneja (Pilot)
2. Harvino (Co-pilot)
3. Shintia Melina (Ketua pramugari)
4. Citra Novita Anggelia Putri (Pramugari)
5. Alfiani Hidayatul Solikah (Pramugari)
6. Fita Damayanti Simarmata (Pramugari)
7. Mery Yulyanda (Pramugari)

0 comments: