MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Mengusulkan Majlis Kebudayaan Negeri Melaka - Melaka Negeri Berbudaya dan Berwibawa

0
Kepada : 
YAB Tuan Haji Adly Zahari
Ketua Menteri Melaka


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah selamat pagi

Saya seorang aktivis dan pencinta warisan yang sentiasa inginkan warisan yang kita bawa ini diterima masyarakat sendiri dan masih relevan dengan kehendak dan pengisian peredaran zaman kini.. Semua orang mengetahui dan yakin bahawa kita mesti mempertahankan warisan supaya bangsa itu supaya mempunyai jatidiri dan kekal identiti sesebuah bangsa itu di dunia ini.


Tapi dalam menghadapi era Malaysia baru kini nampaknya kerajaan dan pimpinan kini lebih suka rakyatnya berdikari dan berusaha sendiri untuk menempuh dugaan kehidupan yang lebih mencabar. Tidak dinafikan bahawa untuk sesebuah persatuan / kumpulan warisan yang memagamalkan dan menghidupkan tradisi ini memerlukan kekuatan ekonomi untuk bersaing di dunia luar..perlu mempunya kostum dan props yang baik..ada sessi pembelajaran dan latihan..


Segalanya itu kita lalui dengan kos sendiri kerana memikirkan amanah dan tanggung jawab kita kepada bangsa..


Hasilnya kita perlu bersaing dan survival di gelanggang sendiri..mana-mana persatuan yang kreatif dan berfikiran muda maka ianya akan bertahan sebaliknya jika ada persatuan yang mengharapkan bantuan dan belas ehsan pastinya akan terkubur dan terkulai layu dan sepi....



Kami pecinta dan pengamal warisan menjalankan aktiviti warisan budaya bukan berlandaskan keuntungan atau kepentingan peribadi tetapi kita bergerak sebagai sebuah NGO yaang tidak bergantung harap pada sesiapa dan indipendent...Kami wujud atas kesedaran dan tanggung jawab yang besar untuk memastikan budaya melayu ini tidak wujud hanya dalam buku teks sejarah atau pameran patung patung di muzuim setiap negeri dan negara.


Dengan ini kita memikirkan bahawa Negeri Melaka perlu wujudkan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) dan seterusnya Majlis Kebudayaan Daerah supaya aktiviti kebudayaan ini dapat diselaraskan dan dipantau oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri. MKN juga akan menjadi tempat mengadu kepada persatuan kebudayaan yang kecil kecil ini di negeri Melaka. bantuan lebih menyeluruh dapat diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri ataupun MKN. Dengan wujudnya MKN ini akan memberi impak positif kepada perkembangan kebudayaan negeri dan ini tentunya menjadi produk pelancogan utama kepada negeri Melaka yang kita sedia maklum bahawa Melaka merupakan Negeri Pelancongan.

Diharap kerajaan negeri dapat menubhkan Majlis Kebudayaan Negeri selaras dengan Motto kerajaan negeri kini iaitu Melaka Berwibawa. Melaka bukan sahaja berwibawa dari segi kecekapan urus tadbir tetapi mengutamakan jatidiri bangsa melalui pengukuhan budaya melalui indikator penubuhan Majlis Kebudayaan Negeri Melaka..Saya yakin aktivis budaya ini yang juga rakyat Melaka yang setia dan patriotisme akan terus bersama dan membantu kerajaan dalam mengukuhkan kestabilan dan keharmonian kerana tidak ada satu pun dalam etika berbudaya ini kita menggalakkan perpecahan dan kekacauan. Semuga suara kecil ini akan diberi perhatian yang sewajarnya kerana kami sentiasa menyokong dan bersama bangga bila dapat bersama dengan kerajaan Melaka dalam menjalankan program dan sama sama mempromosi Melaka negeri berbudaya dan berwibawa.

InsyaAllah semuga segalanya dirahmati dan dilindungi Allah SWT..

Ikhlas

SUHAIZAN HAJI NOH
Setiausaha
Persatuan Pancha Warisan Melaka
10102018

0 comments: