ISU BUNUH DIRI YANG MAKIN MENJADI JADI
0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN..
SABAN HARI BERITA TENTANG ISU BUNUH DIRI KIAN BERLUASA..DARI MASALAH INDIVIDU HINGGA MENGAKIBATKAN SATU KELUARGA..KALAU DULU KITA DENGAN HANYA MELIBATKAN MASYARAKAT INDIA TETAPI KINI IA MELIBATKAN SEMUA BANGSA..
DALAM ISLAM SENDIRI PUN MELARANG KERAS JENAYAH BUNUH DIRI..KERANA INI BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM DAN TAKDIR ALLAH SWT.
BUNUH DIRI ATAU MENAMATKAN RIWAYAT BUKANNYA PENYELESAIAN YANG BIJAK TETAPI IA ADALAH SATU CARA BODOH DAN BOLEH MENGUNDANG KEHIDUPAN YANG LEBIH SENGSARA SELEPAS KEMATIAN.....
JADIKAN IKTIBAR DAN JADIKAN DIRI KITA ADALAH PELAKU JENAYAH SETERUSNYA.....
Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya
Ust. Abdul Kadir
Kesalahan membunuh diri merupakah satu
kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di
akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana
dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ
تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ
يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى
سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ
جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ
بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ
جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa
yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam
neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum
racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia
akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya
selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu
akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di
dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ
بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا
رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي
عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu
dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan
(kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung
kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga
darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.:
“Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan
untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk
di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK
termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada
Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita,
melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia
menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang
bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para
sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun
baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai
pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan
orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang
mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai
pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan
kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan
anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith
ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan
jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan,
inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan,
al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan
ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh
diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang
baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari
melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu
disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang
menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam
neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang
menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh
difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.https://soaljawab.wordpress.com
Kes bunuh diri yang melibatkan satu keluarga yang menghadapi masalah hutang
ARAU, 19 Okt ― Tiga beranak, yang hilang misteri sebelum ditemui mati lemas, minum racun akibat bebanan hutang sebelum mereka terjun ke Sungai Arau, kata ketua polis Perlis.
Maklumat itu berdasarkan keterangan anak lelaki mereka, 37 tahun, yang takut minum racun tersebut, setelah ditahan di Taman Ria Jaya di Sungai Petani malam tadi, lapor Harian Metro.
"Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun," kata SAC Noor Mushar Mohd dalam kenyataan.
"Akibat terlalu takut, dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi."
Semalam mayat Baharom Ahmad, 66, isterinya Norma Pin, 64, dan anak mereka Norzalina Baharom, 35, ditemui di dua sungai di sini tetapi kejadian itu menimbulkan tanda tanya.
Kali terakhir mereka dilihat berjalan kaki di tepi sungai itu, kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka yang selalu dikunjungi sebelum dilaporkan hilang.
Lelaki berkenaan, pada awalnya disangka hilang akibat lemas, direman bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarganya.
Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian kerana menyembunyikan kematian.
https://www.msn.com/en-my/news/national/misteri-lemas-terjawab-hutang-punca-tiga-beranak-minum-racun-terjun-sungai/ar-BBOAcJ0?ocid=ACERDHP17
LAGI KES BUNUH DIRI DI MELAKA
Salam sejahtera YDH Dato' Wira,Dato' ,Tuan- Tuan dan Puan.
Saya *Insp Fadly Bin Shamsudin* Pegawai Bertugas CCC Melaka pada 16/10/2018 mulai jam 0001 hrs sehingga 0800 hrs.Pada 16/10/2018 jam lebih kurang 0200 hrs telah terima makluman daripada Dcc Jasin bagitahu satu kejadian Bunuh Diri telah berlaku di alamat :
No 8274 Taman Pahlawan Umbai,
77300 Merlimau,
Jasin Melaka.
Butir2x mangsa :- ( secara lisan )
Nama : Nadir Bin Adnan
KPT : 941113-04-5411
Umur : 24 Tahun
Cara kematian : Gantung diri di kipas siling ruang tamu kediamannya.
Mangsa tinggal bersama ibubapa dan ahli keluarga dikediaman alamat yg tertera.
Pihak Forensik Ipk Melaka telah dimaklumkan.
Balai repot : Merlimau rpt 3220/18
( Maklumat pertama )
Peg.Penyiasat : Insp Sallahuddin
Sekian untuk makluman YDH Dato' Wira, Dato',Tuan-Tuan dan Puan.
Terima Kasih.