12.2.2017 TRACKING DI PULAU BESAR , MELAKA
0
12.2.2017 8.00 AM
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
ALHAMDULILLAH PADA 12.2.2017 TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM TRACKING KE PULAU BESAR , MELAKA BERSAMA RAKAN RAKAN TEAM TRACKING SELATAN. PESERTA TRACKING PADA HARI TERSEBUT ADALAH SAYA , ABG LAN , TUAN ADAM DAN ALONG Z.
PERGERAKAN BERMULA SEAWAL JAM 8.00 PAGI WALAUPUN SEDIKIT KELETIHAN KERANA BARU PULANG DARI JB NAMUN KERANA SUDAH BERJANJI DENGAN RAKAN RAKAN MAKA KELETIHAN ITU HILANG...
SEPERTI DIJANJIKAN SEMUA PESERTA MENUNGGU DI JETI UMBAI UNTUK BERTOLAK DENGAN BOT LAJU. BERSAMA DENGAN PEMANDU BOT LAJU ABG MANAN PERJALANAN PUN DITERUSKAN KE PULAU BESAR.
PERJALANAN MEMAKAN MASA HAMPIR 10 MINIT UNTUK MENYEBERANG DARI JETI KE PULAU BESAR MEMBELAH LAUT SELAT MELAKA. KEPAKARAN JURUMUDI BOT LAJU MEMBELAH OMBAK MEMANG SATU PENGALAMAN YANG MENERUJAKAN.
SAMPAI DI PULAU BESAR KAMI BERJALAN MENGELILINGI PULAU BESAR WALAUPUN TIADA JURU PANDU ATAU PENGALAMAN. MENGIKUT KEMANA SAJA KAKI INI MELANGKAH SAMBIL MENGINGAT CERITA CERITA LAGENDA MENGENAI PULAU BESAR. KEBETULAN PENGUNJUNG JUGA RAMAI KETIKA HARI TERSEBUT DENGAN PELBAGAI HAJAT DAN MAKSUD.
KAMI MELAUI PENGALAMAN YANG AMAT BAIK DI SANA DAN KAMI BERPENDAPAT TEMPAT INI BOLEH DIMAJUKAN DENGAN PELANCONGAN DAN TEMPAT BERSEJARAH. KERANA PULAU BESAR INI BANYAK MAKAM MAKAM YANG BERSEJARAH DAN MONUMEN , BATU BATU DAN LAGENDA YANG PENUH MISTIK DAN KERAMAT.
NAMUN ITU ADALAH CERITA DARI MULUT KE MULUT , SEGALANYA TIDAK MUSTAHIL DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT. NAMUN YANG UTAMA KEBERSIHAN DAN KESUCIAN PULAU INI HENDAKLAH DIPELIHARA DAN DIJAGA. MEMBENDUNG AMALAN KHURAFAT DAN PUJA MEMUJA. PENGANUT AGAMA LAIN JUGA TELAH MENJADIKAN PULAU BESAR INI SEBAGAI TEMPAT PUJA DAN MEMBAYAR NIAT. KERAJAAN DAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAP PERLU MEMANDANG SERIUS PERKARA INI SUPAYA KITA SAMA SAMA RASA AMAN DAN TENTERAM BILA MENGUNJUNGI PULAU BESAR INI.
ALHAMDULILLAH..MISI KALI INI BERJAYA KERANA DIHIDANGKAN DENGAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DAN PENGALAMAN YANG BETUL BETUL BERHARGA....
TERIMAKASIH SEMUA..
MAKAM SYARIFAH RODZIAH
TELAGA TEMPAYAN PECAH
BATU BESAR DI PANTAI
MARINA BAY YANG TERBENGKALAI DI PULAU BESAR
KEINDAHAN SEMULAJADI ALAM
BOT LAJU YANG MEMBAWA KAMI KE PULAU BESAR
DIPERKARANGAN MAKAM SULTANUL ARIFFIN
RONDA RONDA DI PULAU BESAR