MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HARI INI KITA NAMPAK HEBAT KERANA ALLAH MASIH LAGI MEMELIHARA KEAIBAN KITA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita hidup bersama di muka bumi yang fana ini untuk hari ini dan tika ini dan saat ini. Segalanya adalah nikmatNya dan setiap kedukaan apa yang kita lalui dan rasai disebaliknya ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Jika ingin tahu rahsia dan hikmah itu kuncinya adalah kesabaran dan istiqamah.

Kehidupan ini penuh dengan tanda Tanya question marks.????? kenapa tidak macam tu kenapa tidak macam ni??? kenapa itu dan kenapa ini???
Namun sebenarnya segalanya ituada jawapannya yang kita tahu...Semuanya adalah dalam naungan TAKDIR NYA... kita berusaha sungguh sungguh tapi kita belum mendapat ganjarannya itu bermakna rezki kita belom sampai dan perlu bersabar dan lebih berdoa dan usaha..semua ada hikmahnya dan ada maksudnya YANG HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU.
 
Kehidupan perlu diteruskan walau apa jua dugaan yang menghalang dihadapan...dan yang perlu kita fikirkan dan tahu..kalau kita rasa diri kita penuh dengan dugaan dan cabaran dan kadangkala kita rasa tidak mampu menghadapinya..ketahuilah ada orang lain yang lagi hebat dugaannya dari kita...kalau kita fikir kita ada masalah kewangan tetapi ada orang yang langsung tidak makan dari semalam keranan tiada wang..tapi kita masih boleh menggunakan kereta dan bayar bil telefon...Kalau kita fikir kita ada sakit atau penyakit yang teruk tetapi masih ada lagi yang lebih teruk dari kita kerana hanya bergantung pada bantuan mesin jantung...
 
Pokoknya kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita dan kita harus redha dengan ketentuanNya. kita bukan hamba atau insan yang sempurna kerna kita harus ingat sedalam dalamnya .. HARI INI KITA NAMPAK HEBAT KERANA ALLAH MASIH LAGI MEMELIHARA KEAIBAN KITA...Justeru itu kita harus sentiasa memohon keampunan kepada Allah dan mohon lah kepada Allah agar Dia sentiasa menjaga hati kita supaya tidak berbolak balik..Mohon perteguhkan lah iman kita kerna kita sadar Iman kita hanya senipis kulit bawang dan pasti mungkin lagi nipis dari itu..
 
Hanya Allah saja yang tahu segala galanya....
 
aku hanya insan hina yang amat fakir dimataNya...
 


 

0 comments: