MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

CADANGAN JEJAK HANG TUAH BILANGAN 3

0


JEJAK HANG TUAH

LOKASI GUNUNG LEDANG


PENDAHULUAN

Kita mengetahui dan banyak sumber mengatakan bahawa Hang Tuah belajar ilmu persilatan di Gunung Ledang sehinggakan Hikayat Puteri Gunung Ledang dikaitkan kisah percintaan dengan Hang Tuah. Walaupun hikayat dan cerita dari mulut kemulut ini mengundang misteri namun apa yang ingin ditunjukkan adalah berkaitan dengan lokasi Hang Tuah belajar silat,bersuluk dan menyendiri sehingga mampu menjadi Laksamana Angkatan Perang Laut Kerajaan Melaka dan juga Duta Kerajaan Melaka ke beberapa tempat ketika zaman kegemilangan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

CADANGAN LOKASI ZIARAH

Apakah rahsianya....apakah misterinya...apakah yang cuba diperhalusi...dan adakah semua bukti itu ada jawapannya....Namun apa yang akan kita lalui adalah satu pengalaman tatakala pahlawan silam menuntut ilmu sekitar tahun 1400 masihi....

Selamat meneroka Alam Pendekar Melayu yang terkenal seantero dunia...

Lokasi-lokasi di Gunung Ledang yang dipercayai menjadi tempat latihan dan bersuluk YM Dato Laksamana Hang Tuah Laksamana Kerajaan Melayu Melaka.

  1. Bukit Dugan
  2. Dataran Harimau
  3. Gunung Putri
  4. Jeram Hang Tuah
  5. Batu Hampar
  6. Gua Chaap
  7. Gua Tenggiling
  8. Gua Harimau
  9. Gua Masjid
  10. Perigi Tujuh
  11. Perigi Tun Fatimah
  12. Gua Labah-labah ( Mbah Ghaffar )
  13. Gua Malim Deman
  14. Gua Pontianak
  15. Gua Ular
  16. Gua Mbah Suwirjo
  17. Gua Panglima

Setiap lokasi ini ada penceritaan yang tersendiri yang terkait dengan Laksamana Agung itu. Kita menyedari bahawa jati diri Tuah adalah sangat diperlukan untuk menjadi simbol peradaban dan ketamadunan Melayu ketika itu. Ini juga membuktikan bahawa Melayu sudah lama bertamadun dan lebih maju di dalam kawasan Nusantara dan dunia. Asimilasi budaya juga berlaku dan pertembungan pengaruh Agama Islam dan peradaban masyarakat setempat yang rata rata menganut agama animisme dan Hindu pasti mempengaruhi gaya hidup masyarakat ketika itu. Dan ketika itu Lahirlah Tuah yang menjadi Laksamana Melayu Islam Melaka yang bersama sama memakmurkan dan menaikkan empayar kerajaan Melayu Melaka.

Insya Allah dengan melalui sendiri pengalaman menziarahi lokasi rahsia pembelajaran ilmu persilatan Hang Tuah ini pasti akan menyerap semangat lama dan menjiwai setiap titis peluh Hang Tuah yang jatuh kebumi di atas kepayahan dan kesukaran untuk menjadi Laksamana yang masyhur seluruh dunia.


PERJALANAN

Lokasi : Puncak Gunung Ledang

Pacuan 4 roda (4x4) akan membawa ke destinasi melalui Estet Tanah Merah , Sagil Johor dan melalui sekatan Syarikat Air Johor dan melalui Empangan Air SAJ dan masuk ke kawasan Hutan dibawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Ekspedisi ini akan memakan masa 2 hari 1 malam.

SEKATAN / JABATAN YANG BERKAITAN

  1. Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  2. Syarikat Air Johor
  3. Pejabat Daerah Tangkak , Johor
  4. Estet Tanah Merah , Sagil Johor




0 comments: