MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

4.2.2017 Majlis Ikatan Ukhuwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017

0
4.2.2017 9.00 pm
Tahniah Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Negeri Johor atas penganjuran

Majlis Ikatan Ukhuwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017 ,

Dengan Kehadiran :-


YB Dato' Razali bin Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Muar,

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang
Timbalan Ulama' Sedunia Merangkap Presiden PAS Malaysia,

Dato' Adiwijaya YDP Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia,

Tahniah!!!
 

Kredit untuk cikgu Jazwan Kahar

Salam perjuangan

Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan YB Dato Razali Ibrahim Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis juga telah dihadiri YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi bin Abd Awang Presiden PAS Malaysia merangkap Timbalan Ulama Sedunia.

Majlis ini adalah anjuran Pertubuhan Gayong Malaysia negeri Johor yang dipengerusikan oleh Cikgu Jazwan bin Kahar dan turut dihadiri oleh Datuk Adiwijaya Yang DiPertua Pertubuhan Gayong Malaysia.

Ucapan telah dimulakan oleh Datuk Adiwijaya yang menekankan tentang solidarity orang Melayu untuk bersatu dan mempertahankan kemerdekaan Negara. Beliau berkata
Jangan perkotak katikkan Orang Melayu
Jangan perkotak katikkan Orang Islam
dan jangan perkotak katikkan Raja raja Melayu..
apabila diganggu maka ibarat menjolok sarang tebuan.
Beliau mengharapkan agar Melayu bersatu dan terus dipertahankan hak hak Melayu di bumi Melayu ini.

Seterusnya ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi bin Awang yang juga menekankan kepentingan orang Islam menuntu ilmu beladiri dalam konteks agama ISLAM. Walaupun beliau tidak mengetahui langkah silat atau untuk bertempur namun janji beliau tidak akan berganjak dan tidak akan lari dari medan pertempuran untuk menegakkan Islam di Negara ini.

Selepas itu YB Datuk Razali Ibrahim meneruskan siri ucapan dengan penyempurnaan Majlis ini. Beliau amat rasa bertuah dan teruja kerana berada dalam majlis ini walaupun ada diantaranya berlainan parti politik namun dapat duduk semeja dan bersama dalam memperjuangkan hak melayu dan kesuciaan Islam. Pejuang dan penggiat silat adalah pejuang sejati kerana tidak mementingkan kepentingan individu sebaliknya mementingkan memperjuangkan kepentingan bersama demi Melayu dan Islam. Suasana ini amat baik dan aman kerana masing masing bersatu diatas landasan yang mempunyai jatidiri dan solidarity yang jitu dan mantap. Usaha ini harus disokong dan diteruskan demi warisan dan lestari keamanan dan kemakmuran Negara.

 

0 comments: