AIDILFITRI 1439 - 2018
0
SAUDARA KANDUNG DUNIA DAN AKHIRAT - KAKAK KU SURIYA HAJI NOH
BERSAMA ALONG , KAK NGAH DAN KCT
BERSAMA KELUARGA SEBELAH TANGKAK
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
HARI
INI 13.7.2018 - BERSAMAAN 29 SYAWAL 1439 MERUPAKAN HARI TERAKHIR SYAWAL
UNTUK TAHUN INI DAN PASTINYA KITA AKAN MERINDUI RAMADHAN DAN SYAWAL INI
PADA TAHUN TAHUN MENDATANG..
RAYA
TAHUN INI AMAT SIMPLE DAN YANG PENTING DAN ANAK ANAK DAPAT PAKAIAN BARU
DAN DAPAT MEMBERI MEREKA KERIANGAN SEMPENA SYAWAL INI.
PADA
TAHUN INI AKU TIDAK LAGI DAPAT BERSAMA EMAK DAN ABAH KERANA MEREKA
SUDAH JAUH DI SANA..PADA TAHUN INI JUGA PAK NGAH SALLEH SUAMI KAK NGAH
JUGA TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI SEMUA.
TAHUN
INI KAMI SEKELUARGA AMAT TERASA KEHILANGAN DAN TIDAK LENGKAP SETIAP
KALI BERFOTO DAN BERSALAMAN DI HARI RAYA..HATI AMAT TERASA RINDU DAN
HIBA NAMUN DIHADAPAN KELUARGA DAN ANAK ANAK KITA KENA KUAT DAN SENTIASA
BERSEMANGAT...
ALLAH
SAJA YANG TAHU BETAPA RINDU PADA YANG TIADA.. APAPUN KEADAANNYA
KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN DAN TANGGUNG JAWAB PERLU DILUNASKAN DEMI
PENGHIDUPAN YANG SEMPURNA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT..
TAHUN
INI JUGA TERPAKSA MENERIMA HAKIKAT AKAN KEKALAHAN TERUK BN PADA PRU 14.
BN HILANG KUASA DAN HILANG NEGERI DAN NEGARA. PENTADBIRAN TELAH
BERTUKAR KEPADA PH DAN INI MENAMBAH PARAH DALAM STRUKTUR PERJALANAN
HIDUP. SEMUGA ALLAH AKAN MENGATURKAN KEHIDUPAN KU LEBIH BAIK PADA MASA
AKAN DATANG...KEPADAMU YA ALLAH AKU BERSERAH.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SUHAIZAN HAJI NOH
MELAKA
BUDAK NAKAL INI YANG BANYAK MENGHIBURKAN HATI KAMI SEKELUARGA - SYUKOR YA ALLAH