MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

0


KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA
 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan pada tahun 1971 merupakan rancangan jangka panjang kerajaan mencakupi tempoh 20 tahun (1971-1990) sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui pembangunan ekonomi yang seimbang di Malaysia. DEB adalah rancangan pembangunan sosioekonomi dan perpaduan negara yang diperkenalkan untuk memastikan kekayaan dan peluang ekonomi di Malaysia dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum, dalam usaha mewujudkan perpaduan politik. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. (ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. 

DEB tidak bertujuan untuk merampas kekayaan orang lain dan memberikan kekayaan tersebut kepada orang miskin, tetapi bertujuan untuk mengagihkan semula pendapatan negara yang sedang berkembang supaya dapat dinikmati oleh semua rakyat. DEB diperkenalkan dengan harapan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki system nilai yang sama tanpa dibataskan oleh budaya dan sosioekonomi setiap kaum yang berbeza.
 

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)

DPN telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. DPN merupakan kesinambungan daripada DEB. DPN berteraskan satu konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah dirancang untuk membela kehidupan rakyat miskin dan menyusun semula masyarakat.
 

Matlamat DPN:

(i) Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif.  (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti. (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi. (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju dalam semua aspek pembangunan.
 

Wawasan 2020

Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum dan membentuk bangsa Malaysia yang disegani dunia pada masa hadapan. Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif dan dinamik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang perlu diatasi:

(i) Cabaran untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. 

(ii) Cabaran untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berjiwa merdeka. 
(iii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat demokrasi. 
(iv) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat beragama, bermoral dan beretika. 
(v) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal dan bertolak- ansur. 
(vi) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya saintifik dan progresif. 
(vii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. 
(viii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama dari segi ekonomi. 
(ix) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang kaya dan makmur.

Wawasan ini dilaksanakan berasaskan tujuh teras untuk melahirkan rakyat Malaysia yang maju dalam segenap aspek kehidupan:

(i) Membina masyarakat yang berdaya saing. 

(ii) Menggalakkan masyarakat yang saksama. 
(iii)  Pembangunan alam sekitar. 
(iv) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. 
(v) Mewujudkan ekonomi berdaya saing antarabangsa. 
(vi) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi. 
(vii) Pembangunan sumber manusia.

0 comments: