MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

0




PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Oleh itu, wujud aliran pendidikan dan amalan budaya yang berbeza antara kaum di Malaysia. Perkara ini telah menyukarkan usaha menyatupadukan penduduk Malaysia. Justeru kerajaan telah mengambil langkah bijak dalam menangani masalah tersebut.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, timbul kesedaran tentang kepentingan penyatuan rakyat melalui pendidikan. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru. Setelah Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Persekutuan pertama pada tahun 1955, timbul keperluan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di Tanah Melayu. 

Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956. Jawatankuasa Razak dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein iaitu Menteri Pelajaran pada waktu tersebut. Jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada sembilan orang wakil Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu, ditugaskan untuk meneliti dasar pendidikan dan merangka satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum di Tanah Melayu. Jawatankuasa Razak mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955 hingga 14 April 1956, dan telah menerima 151 memorandum dari badan awam, pertubuhan dan orang perseorangan. Jawatankuasa ini menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Penyata ini dibentang dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957, dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. 

Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 di Tanah Melayu. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya dalam tahun yang sama, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan. Dasar ini memberi penekanan kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.

0 comments: