MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PETIKAN DARI NOTA SADN 1033 - PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU

0

PETIKAN DARI NOTA SADN 1033

3.4.1 Kedatangan Penjajah Barat

Adakah anda tahu, negara barat manakah yang mula-mula sekali meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu? Portugis yang membuka lembaran baru penerokaan memulakan proses penjajahan barat di Tanah Melayu pada tahun 1509 apabila mereka datang untuk berdagang. Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud secara berleluasa di kalangan orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu Melaka oleh kuasa Portugis pada tahun 1511. Sejarah kemudiannya mencatatkan jatuhnya kuasa Portugis di Melaka ke tangan Belanda pada tahun 1641. Penguasaan Belanda ini berterusan sebelum British mengambil alih Melaka setelah perjanjian Straits Settlement ditandatangani pada tahun 1824.


 Pada pendapat anda, mengapakah Tanah Melayu amat menarik perhatian kolonialis barat? 


Persoalan di atas sering ditimbulkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya menarik perhatian penjajah sama ada dari Timur atau Barat. Sarjana telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi tumpuan tarikan,  iaitu:

1.   Kedudukan Geografi Tanah Melayu

Kedudukan Tanah Melayu yang merupakan sebuah semenanjung dan betul-betul terletak di antara jalan perdagangan di antara benua sebelah timur dan benua sebelah barat amatlah strategik sebagai sebuah pusat perdagangan. Kawasannya yang meliputi hampir keseluruhan Selat Melaka dan dilindungi pula oleh Pulau Sumatera memberikan satu ruang atau jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora lautan. Keadaan ini memudahkan para pelaut dan pedagang untuk berlabuh dan berlindung pada waktu perjalanan mereka apabila diserang angin monsun sama ada timur laut atau pun barat daya. Ciri-ciri geografi ini menjadi faktor penarik kepada sebarang kuasa besar yang memerlukan keselamatan untuk jalan perdagangan dan perlindungan bagi keselamatan dari ancaman semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.   2.   Bahan Mentah

Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti bijih timah telah menjadi sasaran kuasa-kuasa besar menjajahnya dan menguasai sepenuhnya sumber ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi yang menggambarkan hasil buminya seperti emas dan timah yang
 50
banyak. Manakala, Tanah Melayu juga sering digunakan sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan terutamanya untuk para pedagang sejak awal kewujudan tamadun di tanah semenanjung ini. Bahan-bahan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu dan lain-lain diperlukan oleh para pedagang selain bekalan air dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka. Selepas kedatangan kuasa barat dan penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah ini. 

3.   Pasaran Baru

Sementara itu, di Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan projek penjelajahan dan penemuan (Exploration and Discoveries). Revolusi perindustrian telah menyebabkan kuasa-kuasa besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan mereka. Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pusat pasaran dan perdagangan mereka. Pasaran di Eropah menjadi sukar akibat semua kuasa besar mula mencipta dan mengeluarkan bahan baru. Ini mewujudkan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru pengeluaran masing-masing. Selain itu, keperluan terhadap bahan mentah yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi juga meningkat dengan mendadak. 

4.   Pangkalan Tentera

Anda telah sedia maklum kedudukan Tanah Melayu di Selat Melaka yang merupakan jalan perdagangan penting di Asia. Faktor kedudukan ini juga sebenarnya amat penting kepada kesesuaiannya menjadi pangkalan tentera. Kalau di lihat sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu, mereka datang bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi juga adalah kerana strategi ketenteraan. Ini boleh anda fahami jika anda bayangkan kedudukan negara mereka yang jauh di Eropah dan kawasan-kawasan yang mereka lawati untuk tujuan perdagangan atau mendapatkan kekayaan adalah jauh di benua Asia. Di dalam konteks ini, perkara utama yang difikirkan oleh kuasakuasa besar ini tentulah keselamatan angkatan atau rombongan mereka. 

Oleh itu, satu cara terbaik yang perlu mereka lakukan ialah mencari sebuah tempat yang dapat menjadi pelabuhan persinggahan dan sekaligus memenuhi keperluan-keperluan keselamatan dan ketenteraan. Contoh terbaik yang boleh anda lihat ialah kedatangan Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan, dan juga sebagai pangkalan tentera untuk
 51
mengawal ancaman pelanunan serta kuasa asing yang lain seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya kalau anda lihat telah menjadi antara tempat terawal dalam senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu. 

5.    Prester John

Akhirnya, mungkin anda masih ingat apa telah saya jelaskan pada bahagian awal bab berkenaan kepentingan agama dalam menggalakkan aktiviti penjajahan. Sebagaimana yang anda maklum, pada waktu itu orang-orang Kristian di Eropah sedang rancak menentang penguasaan empayar Islam. Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung. Di antara versi yang timbul dari janji pihak gereja itu ialah kehadiran seorang yang bernama Prester John yang akan muncul di benua sebelah timur. Kepercayaan ini telah menyebabkan orang-orang Kristian seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.18

0 comments: