MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

3 LAMBORGHINI SINGAPORE KECUNDANG DI HIGHWAY PLUS MALAYSIA

0

Maklumat yang didapati

Tiga buah kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, pagi ini.

   Kemalangan dipercayai berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

  Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, kereta ketiga dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu lalu menyebabkan kebakaran.

  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

   Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

0 comments: