MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KOMANDO 13 ORANG YANG HILANG SEMASA LATIHAN DI MELAKA

0




BERITA TERKINI


ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT DAN STABIL


MELAKA 9 Dis. - Kesemua 13 anggota komando dari Kem Sungai Udang yang hilang hampir 29 jam selepas bot mereka terbalik dipukul ribut malam Sabtu lalu di perairan Selat Melaka kini dilaporkan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Kem Terendak di sini.
Turut melawat kesemua mangsa ialah Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - UTUSAN ONLINE



BERITA AWAL KEHILANGAN KOMANDO

MELAKA 8 Dis. - Sebanyak 13 anggota komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini dilaporkan hilang selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika anggota pasukan khas itu menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka di perairan tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehuddin Abd. Rahman berkata, kesemua 13 mangsa yang berada dalam bot berkenaan terdiri daripada dua jurulatih dan 11 anggota komando.
Menurutnya, mereka yang hilang sebelum itu bersama anggota komando yang menaiki empat bot lain sedang menjalani latihan mendayung dari Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka yang terletak berhampiran Pulau Besar.
"Sebanyak 45 anggota komando dan seorang pegawai dengan lima buah bot memulakan latihan mendayung dari Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka.
"Bagaimanapun sewaktu menghampiri perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang, kesemua bot itu dipukul ribut. Salah sebuah bot yang membawa 13 mangsa belum ditemui sehingga sekarang," katanya kepada pemberita di Dataran 1Malaysia malam ini.
Sallehuddin berkata, sejurus selepas kejadian itu gerakan mencari kesemua mangsa yang hilang telah dimulakan melibatkan 115 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi.
Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam gerakan mencari mangsa selain tentera adalah Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Di samping itu katanya, gerakan mencari turut menggunakan unit udara bagi mengesan kesemua mangsa yang hilang bermula esok.
"Kami masih menaruh harapan kesemua mangsa masih selamat dan gerakan mencari secara besar-besaran akan dilakukan esok," katanya.
Beliau berkata, gerakan mencari terpaksa dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam ini dan akan disambung pukul 7 pagi esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131209/dn_03/13-komando-hilang-di-laut#ixzz2mxxBwZWP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: