MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MESYUARAT AGUNG GB4B MALAYSIA DITUNDA....

0





  • Ruj. Kami : Bil ( ) dlm. GB4BM/MPAT 37-2012 Tarikh : 05 Disember 2013
    Pengerusi Tetap Timbalan Pengerusi Tetap Ahli Majlis Kerja Tertinggi Setiausaha Kehormat 4B Negeri Gerakan Belia 4B Malaysia
    Yang Berhormat/Saudara/Saudari,
    PENUNDAAN TARIKH MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KALI KE 37/2012
    Adalah dengan hormatnya surat pej ini bil ( ) dlm.GB4BM/MPAT 37/2012 bertarikh 15 November 2013 mengenai perkara diatas adalah di rujuk.
    2. Sukacita saya menarik perhatian Yang Berhormat/ Saudara/ Saudari kepada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia yang bermesyuarat pada 04 Disember 2013, di Riverside Café, PWTC, Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menunda tarikh Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kali ke 37/2012 yang di jadualkan pada 13 – 15 Disember 2013 di Kuantan, Pahang ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
    3. Gerakan Belia 4B Malaysia ingin memaklumkan bahawa penundaan ini dibuat setelah dipersetujui oleh semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi di mana tempat yang dicadangkan telah mengalami keadaan banjir yang teruk termasuk negeri-negeri yang lain di mana sebilangan besar perwakilan terlibat didalam kejadian banjir ini.
    4. 4B Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan Yang Berhormat/Saudara/Saudari hadapi ekoran dari penundaan ini.
    Kerjasama dan perhatian Yang Berhormat/Saudara/Saudari dalam perkara ini, 4B Malaysia amatlah menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih.
    Sekian,
    “ BERSATU, BELAJAR, BEKERJA DAN BERKHIDMAT “ “ BERGERAK “ “ KOMITED DAN BERJAYA”
    Yang benar,
    t.t ROSLAN BIN ABDUL RAHIM, BKT,PJM Setiausaha Agung
    S.k. Ybhg. Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin Presiden

0 comments: