MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

UCAPAN PENANGGUHAN MGBM MALAM NANTI..INSYAALLAH

0



Nasru Minalla ,Wafat Hung Karib , Wabashiril Mu'minin ,

Assallammualaikum wbm wbt ,

Salam 1Malaysia ,

Salam Melaka Maju Negeri Ku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau ,

Salam Melaka 751 Tahun ,

Salam Melaka Maju Fasa 2.

 

Terimakasih kepada yg berbahagia Tuan Pengerusi Tetap Sdr Abd Latif bin Arshad

Timb Pengerusi Tetap

YB Tuan Presiden MGBM Encik Zali Md Yaasin

Timb Presiden dan Barisan Pegawai juga exco exco MGBM

Barisan ADT dan sidang perwakilan yang kasihi sekalian

 

Saya Suhaizan Haji Noh mewakili GB4B Negeri Melaka mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Presiden MGBM dan Barisan Exco juga badan Gabungan MGBM bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan MGBM kali ini. Tahniah juga kepada Exco Belia dan Warisan Negeri Melaka iaitu YAB DS Ir Haji Idris Hj Haron yg juga merupakan Ketua Menteri Melaka yang telah menjadikan porfotlio belia dibawah keutamaan beliau dan juga bonda kita YB Datuk Norpipah Abdol selaku Timb Exco yang sentiasa bersama belia di negeri Melaka ini.

 

Ini menunjukkan satu semangat dan komitmen yang tinggi dari kerjaaan negeri untuk memajukan belia dan orang muda di dalam negeri Melaka.Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada YAB DS kerana dilantik sebagai ketua menteri melaka kerana ini satu pengiktirafan kepada pemimpin belia menjadi ketua negeri yang bertuah ini menyambung legasi belia dari pada YB DS Senator Mohd Ali Rustam pemimpin lagenda belia negara kita.Dan kejayaan ini berganda apabila Ybhg Sdr Zali Md Yaasin telah dilantik oleh ketua pemuda Malaysia sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka.Ini adalah satu pencapaian yang strategik untuk menjadikan pemimpin yang lahir dari kem belia sebagai wasilah kepimpinan yang terpimpin untuk meneruskan agenda Melaka Maju fasa kedua. Dan ini sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada generasi belia untuk turut serta dalam memainkan peranan penting dalam halatuju negeri Melaka..

 

Kerana kita perlu ingat dan hayati pesanan daripada YAB DS Idris ketika beliau menjadi presiden MGBM yang ketika itu saya selaku pemeriksa kira2x sahaja dan pesanan beliau saya ingat sehingga hari ini iaitu We are no Hero and We are no Passanger..Kita bukan hero yang datang seorang boleh menyelesaikan masalah ibarat Ultraman menetang raksaksa menakluk bumi dan kita bukan hanya penumpang yang menaiki bas..tapi kita adalah ahli dan ahli kepada sesebuah persatuan belia dan kita semua berhak mempunyai idea dan pandangan dan bersama sama bekerjasama secara sukarela dan sukarela itu merupakan identiti belia yang kita harus pertahankan untuk kita bersama sama together mengecapi kejayaan bersama.

 

Disini kita menyeru agar MGBM dan juga bertubuhan belia dibawah gabungan MGBM agar menggunakan kesempatan ini untuk kita diberi peluang supaya diberi tempat dan ruang untuk sama sama menyalurkan idea dan kerjasama dalam Melaka Maju Fasa 2. Peranan kita bukan hanya pada sektor belia sahaja tetapi perlu dikembangkan ke sektor pendidikan , ekonomi , pembangunan infra , pembangunan insan dan lain-lain sektor yang ada dalam bengkel Melaka Maju nanti. Kita juga sering mendengar ucapan daripada YAB KM tentang hasrat dan matlamat beliau untuk masadepan dan kesejahteraan negeri Melaka kita yang bertuah ini.Maqasid Al Syariah satu halatuju yang nyata untuk sebuah negeri yang aman makmur adil dan sejahtera iaitu Baldatun Toiyyiban Warabbun Ghaffur..Untuk sebuah negeri yang aman makmur yang rakyatnya bahagia dan sejahtera.bukan sahaja bahagia di dunia tapi bahagia di akhirat.Rentetan dari ini dapatlah kita fahami bahawa Melaka Maju Fasa 2 dibawah pentadbiran YAB KM ini berasaskan pada prinsip Maqasid Al Syariah iaitu Baldatun Toyyiban Warabbun Gahffur dan kita belia seharusnya seiring untuk memastikan ilmu pengetahuan kita berkaitan duniawi dan ukhrawi diperteguhkan. Dan belia yang bukan Islam tidak perlu rasa tersisih tetapi sebaliknya kita bekerjasama untuk memastikan negeri Melaka kekal makmur aman sejahtera seperti yang berlaku dalam piagam Madinah , negeri Madinah Al Munawarah ketika zaman Rasulullah dahulu.

 

Dan saya berharap agar kita sama sama dapat memperkukuhkan lagi peranan MGBM untuk kita sama sama menaikkan martabat belia di negeri Melaka bertuah ini. Kita selaku pemimpin belia sering diuji dengan pelbagai masalah dan dugaan kerana kita tahu bahawa persatuan belia adalah NGO iaitu Non Gaji Organisation namun berkat dari kesabaran dan keikhlasan tuan tuan semua sebagai pemimpin belia telah berjaya menjadikan belia sebagai sebuah organisasi yang dihurmati dan diyakini. Tahniah kepada semua sahabat rakan rakan seperjuangan sekalian walau nama kita berbeza walau pakaian dan logo kita berbeza namun tiada sempadana yang memisahkan kita untuk kita sama sama menghidupkan belia..belia yang bermartabat.

 

Akhir sekali kami GB4B Melaka akan terus Komited untuk menyokong dan bersama sama dengan MGBM bagi menggerakkan bahtera MGBM untuk sampai ke destinasi anak bangsa yang bermaruah dan berjaya.Yakinlah bangunan yang bertingkat tingkat bermula dengan satu batu bata dan langkah yang jauh beribu ribu langkah bermula dengan satu langkah..Itulah dia bermula dengan aspirasi iaitu kehendak..keinginan...sekiranya kita ingin berjaya ikutlah jejak langkah orang yang berjaya dan sekiranya kita ingin gagal maka janganlah berbuat apapa..dimana ada kehendak disitu ada kejayaan..dimana bermula kejaayaan..bermula dengan keinginan untuk berjaya..InsyaAllah..

 

Sekian , Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap bicara , Wabillahi taufiq wal hidayah Assallammualaikum wmt wbt.

 

SUHAIZAN HAJI NOH BKT PJK PBB

TIMB PENGERUSI

GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA

0 comments: