ASPIRASI MUDA ALOR GAJAH
0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi
ASPIRASI MUDA ALOR GAJAH
DEMI NEGARA
YANG TERCINTA
DICURAHKAN BAKTI PENUH SETIA
DEMI RAJA YANG DISANJUNGI TINGGI
KESETIAAN TAK BERBELAH BAGI
KEPADA PEMIMPIN KEPADA RAKYAT
KHIDMAT DIBERI PENUH TAAT
SAMA BEKERJA SAMA BERUSAHA
UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA
Alhamdulillah hasrat sebarisan anak muda yang ingin pembaharuan dan penjenamaan semula Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah telah menampakkan kesannya walaupun pelbagai kata nista dan fitnah dilemparkan namun semangat setiakawan dan ikhlas dalam perjuangan telah menampakkan hasil untuk terus menyampaikan hasrat meneraju pimpinan pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah.
Sehinggakan maksud Aspirasi pun telah disalah ertikan dengin niat untuk memalukan atau memperkecilkan barisan Aspirasi Muda AG ini. Kenapa gerak kerja itu berlaku sedangkan pemuda sekarang menuntut politik matang dan sentiasa memikirkan bagaimana memajukan dan memperkuatkan bangsa supaya UMNO kekal relevan dengan bangsa Melayu yang beragama Islam. Adakah perjuangan bangsa ini satu bahan lawak atau hanya memerlukan penyatuan ketika musim bertanding?
Kita harus insaf dasar parti UMNO kini dibawah pentadbiran YAB DS Najib yang diwarisi dari tokoh UMNO terdahulu sentiasa memberi ruang seluas luasnya kepada ahli parti untuk mejawat jawatan dalam parti asalkan niat perjuangan itu memartabatkan kesucian Islam kedaulatan Melayu dan kemerdekaan negara Malaysia. Kita tidak seharusnya terperangkap dalam emosi dan egois diri kerana itu kelak akan menghancurkan diri kita sendiri apatahlagi hanya mengheret kita ke kancah perpecahan.
Hurmat menghurmati dan kasih sayang adalah amalan bangsa Melayu yang sinonim dengan ajaran Islam yang perlu kita amalkan dan praktikkan. UMNO dalam keluarga yang besar perlua ada sifat keterbukaan sesama ahli supaya pembenihan demokrasi terpimpin oleh para pemimpin yang beriman dan adil ini akan terus subur dan menjadi pokok perjuangan UMNO parti keramat bangsa Melayu ini..
VISI
MEMPERKASAKAN SUARA ANAK MUDA UNTUK MENJANA TRANSFORMASI PENERAJU
GENERASI YANG BERWAWASAN DEMI PERJUANGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA
MISI
1. MEMPERKASAKAN SUARA ANAK MUDA DARI AKAR UMBI
2. MENJANA MODAL INSAN MUDA DARI SEGI PENDIDIKAN DAN EKONOMI
3. TRANSFORMASI NASIONAL SEIRING DENGAN HASRAT KERAJAAN UNTUK MENERAJUI GENERASI PEWARIS
4. WAWASAN 2020
5. KEKUATAN PERJUANGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA UNTUK MEMENANGI PRU 14 DENGAN GEMILANG.
InsyaAllah apapun kumpulan dan barisan kita untuk memenangi tampuk pentadbiran sayap pemuda UMNO AG ini kita tetap sama iaitu dari parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada Agama Bangsa dan Negara kita.. Tidak ada bibit bibit perpecahan selama ini dalam pemuda UMNO kerana propaganda yang dijual atau dikeluarkan untuk menambat hati perwakilan semata mata untuk menang dalam pemilihan kali ini.
Fikir guna akal, Rasa guna Jiwa, Percaya guna Iman, Pilih guna Keyakinan , Ingin Berjaya guna Aspirasi Muda AG. InsyaAllah kita semua pasti beroleh kemenangan...
Fikir guna akal, Rasa guna Jiwa, Percaya guna Iman, Pilih guna Keyakinan , Ingin Berjaya guna Aspirasi Muda AG. InsyaAllah kita semua pasti beroleh kemenangan...
Suhaizan Haji Noh
Aspirasi Muda Alor Gajah
Transformasi Peneraju Generasi