MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SAMPAIKAN IDEA DENGAN PENUH BERHEMAH DAN SANTUN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah meminjamkan kita nyawa dan nafas utk kita hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini di alam fana' ini. Kita juga berterimakasih dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa kita kerana merekalah yg menjadi penyebab kita berada dan lahir dimuka bumi ini.

Sampaikanlah maklumat dan idea dengan penuh berhemah dan santun supaya barisan aspirasi muda ini mendapat tempat dihati perwakilan semua.

Saya akan cuba sedaya upaya menyampaikan segala idea dan buah fikiran dengan begitu baik supaya segala lontaran idea itu difahami dan disambut baik oleh perwakilan dan pendengar yang lain. Kerana ini adalah penting dan perlu supaya mereka sama sama faham dan menjiwai erti perjuangan yang dibawa oleh Aspirasi Muda. Kita yakin dan percaya bahawa dengan kesungguhan dan usaha yang berterusan di samping berdoa dan memohon kepada Allah saya yakin dan percaya kemenangan akan berpihak kepada Aspirasi.

Kita akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk memastikan denyut nadi rakyat digolongan pemuda akan didengari dan disusuli dengan tindakan yang bernas dan rasional.

Terimakasih semua...

0 comments: