MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERATURAN BERKEMPEN SEMPENA PEMILIHAN UMNO 2013

0
Calon yang bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober depan tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi.
Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri.
Badan Perhubungan Umno Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober.
Calon tak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan Umno.
Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan.
Calon yang bertanding juga tidak boleh menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis membabitkan ahli-ahli kecuali yang telah ditetapkan Ibu Pejabat Umno atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri.
Pemilihan Umno kali ini bakal menyaksikan 260 calon yang berentap bagi  merebut jawatan-jawatan peringkat tertinggi dalam sayap parti itu termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan sebagainya.
Peraturan pemilihan Umno bagi kali ini juga  tidak mempunyai perubahan dari segi tata etika dikeluarkan pada 15 Julai lepas.
Tidak ada perubahan tata etika untuk pemilihan kali ini tapi tak boleh berkempen secara melulu ataupun membuat fitnah.

0 comments: