MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

UNDI MUKHRIZ MAHATHIR - CALON NAIB PRESIDEN UMNO

0

Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilahirkan pada tahun 1964.


Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Beliau memegang beberapa jawatan dalam beberapa firma yang termasuk Opcom Holdings, Kosmo Tech, selain Persatuan Francias Malaysia.

Mukhriz adalah juga Pengarah Eksekuitf Perdana Peace Global Organisation.

Dalam tahun 2004 Mukhriz memenangi pemilihan ke dalam eksko Pemuda UMNI dengan memperolehi undi tertinggi dan akhirnya dilantik ke dalam jentera itu.

Beliau juga dilihat sebagai seorang calon berpotensi untuk Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tapi kemudiannya menarik diri.

Abangnya Datuk Mokhzani juga memainkan peranan aktif di dalam politik UMNO.

Dalam tahun 2006 Mukhriz memenangi pemilihan di UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pilihanraya umum ke-12 ini Mukhriz bertanding di kawasan Parlimen Jerlun, menggantikan Dato' Abd Rahman Ariffin. Abd Rahman ialah Ketua UMNO Bahagian Jerlun, dan sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah..

Mukhriz yang sudah berumah tangga dengan Datin Norjita Zakaria, mempunyai tiga orang anak.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Suntikan Kanser Malaysia, Bioven.

Mukhriz merupakan pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan Opcom Holdiong serta seorang ahli Jawatankuasa Gaji.

Selain itu beliau memegang saham yang besar dalam syarikat itu.

Mukhtiz seorang lulusan Sarjana Muda Sains dan Pengurusan dan Pentadbiran Pemasaran dari University of Boston, Amerika Syarikat dalam tahun 1989.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peniagaan dan pembangunan projek dan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Presiden Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited.

Beliau juga banyak pengalaman dalam bidang komunikasi serta pelancongan dan dan sector perniagaan praserana.

Beliau bertugas sebagai pengarah di dalam syarikat-syarat seperti Reliance Pasific Berhad, Ajiya Berhad dan Kosmo Technologi Sendirian Berhasd.

Selain itu beliau menjadi Pengerusi Photonics Interest Group di MIGHT, kumpulan pemikir keraqjaan mengenai teknologi tinggi.


ALOR SETAR 19 Sept. - Saingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan semakin sengit selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengesahkan bertanding jawatan tersebut.
Mukhriz mengumumkan perkara itu dalam majlis memperkenal calon Kedah yang akan bertanding di peringkat Pusat, sekali gus menjadi calon termuda merebut jawatan tersebut.
Berikutan keputusan itu, pertandingan jawatan Naib Presiden kini semakin terbuka luas dan bakal menyaksikan persaingan enam penjuru.
Sebelum ini, ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahan jawatan masing-masing.
Ketiga-tiga mereka bakal dicabar Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, keputusannya bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti tersebut berlandaskan kepada hakikat perubahan perlu di dalam UMNO dan ahli-ahli UMNO sebelum ini sudah diingatkan untuk berubah atau bakal diubah.
Selain itu, tambah beliau, setiap perwakilan UMNO juga sudah diberi hak memilih dan perkara tersebut sangat penting dalam proses demokrasi dalam parti.
"Keputusan ini juga merupakan terjemahan kepada proses transformasi yang ingin dilakukan di dalam UMNO dan saya mewakili transformasi itu melalui slogan 'Berani Berubah'.
"Ahli UMNO juga menaruh harapan tinggi untuk melihat perubahan ketara berlaku dalam parti dan mereka melihat saya mewakili harapan tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.
Menurut Mukhriz, pencalonan beliau merebut jawatan itu bukan bertujuan mewujudkan dinasti keluarga di dalam UMNO.
"Saya akui saya bin (anak) Mahathir dan perkara ini menarik banyak perhatian, kalau betul saya mahu mewujudkan dinasti, sepatutnya dari dahulu lagi iaitu semasa bapa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
"Secara kebetulan saya berminat dalam politik dan mungkin ada dalam kalangan rakyat yang mula menilai keupayaan saya untuk mentadbir serta memikirkan strategi untuk kelangsungan politik UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz juga mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun setelah jawatan itu dikosongkan penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif.

0 comments: