MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HINA BENDERA JALUR GEMILANG - LUCUT KEWARNEGARAAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Salam Aspirasi...

Tindakan individu yang menghina bendera Malaysia perlu dikenakan tindakan tegas iaitu dilucut kewarnegaraannya. Aktiviti kotor mereka ini berlaku ketika kita sibuk mengadakan program diambang merdeka di cawangan masing masing..

Golongan penderhaka ini terus menerus menghasut supaya rakyat membenci kerajaan dan menukar sejarah kemerdekaan negara..

+



Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut menegaskan siasatan itu akan dijalankan secepat mungkin.

"Kita akan siasat secepat mungkin dan akan mencari bukti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Muzium Diraja (Istana Negara lama), dekat sini hari ini.

Khalid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka.

Insiden itu mengundang kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai biadab serta tidak menghormati bendera negara. - UM

Lagi orang yang biadap..


Lagi berita disini http://novandri.blogspot.com

A Samad Said Ditahan

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Datuk A. Samad Said ditahan polis awal pagi ini bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.
"Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Medeka di sini.
Dalam insiden itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.
Kelmarin aktivis politik, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sama. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130904/dn_22/A-Samad-Said-ditahan-bantu-siasatan-kibar-bendera-alternatif#ixzz2dtaCDHFl
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Adam dan Hishamudin di tahan


Mereka ditahan kira-kira jam 9 malam semalam sewaktu sedang makan malam di Kampung Baru. Media melaporkan mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana tindakan mereka mengibarkan bendera Sang Saka dan menghina bendera Jalur Gemilang.



0 comments: