MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Abdul Ghafaar janji tunai tanggungjawab mantapkan UMNO

0


MELAKA 22 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu menggantikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, berikrar menunaikan tanggungjawab untuk memantapkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang masih terkejut dengan pelantikan yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam itu, bersedia membantu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron.

''Saya ucap terima kasih kepada Presiden UMNO atas kepercayaan yang diberikan kepada saya apabila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu.
''Saya akan memberikan kerjasama untuk membantu Idris dalam usaha kita ke arah memantapkan lagi UMNO dan BN terutamanya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Ghafaar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri berkata, beliau pada mulanya tidak percaya dilantik ke jawatan tersebut selepas dihubungi ramai pihak mengucapkan tahniah.
Bagaimanapun katanya, setelah membaca akhbar dan siaran berita serta melalui laman web UMNO, barulah beliau percaya dengan pelantikan tersebut.

Katanya, pelantikan tersebut merupakan tanggungjawab besar yang dipikulnya kerana bukan sahaja untuk memantapkan UMNO dan BN tetapi lebih penting membuat persiapan rapi menghadapi PRU-14 nanti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131123/ws_02/Abdul-Ghafaar-janji-tunai-tanggungjawab-mantapkan-UMNO#ixzz2li0KcvMB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: