MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Standard sasaran KPI sekolah

0




MELAKA 28 Nov. - Jabatan Pendidikan negeri telah menetapkan standard sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini dalam usaha memastikan Melaka mencapai keputusan peperiksaan awam terbaik di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, semua guru besar dan pengetua sekolah di negeri ini telah membuat aku janji bagi memastikan KPI itu tercapai.
Menurutnya, Melaka menetapkan KPI sebanyak 2.14 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 4.86 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.50 bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
"Setiap sekolah juga telah diberikan pendedahan untuk menjadikan budaya post mortem dan melaksanakan program intervensi di semua peringkat dari guru mata pelajaran, panitia sehingga jawatankuasa kurikulum," katanya.
Md. Yunos (BN-Ayer Molek) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) mengenai ketetapan yang telah digariskan Pejabat Pelajaran negeri dalam menjadikan Melaka antara pencapai keputusan peperiksaan awam yang terbaik pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Tambah Md. Yunos, program intervensi yang dilaksanakan juga dilihat mampu membantu dalam mencapai matlamat tersebut.
"Antara program intervensi yang dilaksanakan termasuk Pembugaran Headcout dan Q-Net, Kelas Bimbingan kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Program Kecemerlangan dan Skor-A serta Program Sekolah Angkat Akademik," jelasnya.
Sementara itu, ketiga menjawab soalan lisan kedua Amiruddin mengenai status permohonan sekolah menengah di Paya Rumput Md. Yunos menjelaskan, cadangan projek tersebut telah diambil perhatian.
"Jabatan Teknikal negeri juga telah melawat tapak projek pada 23 Oktober lalu dan permohonan berkenaan akan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan setelah mendapat laporan daripada lawatan tersebut," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131129/ws_01/Standard-sasaran-KPI-sekolah#ixzz2m0nHtwWQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Saya selaku pengerusi PIBG di sekolah Kebangsaan Nyalas amat bersetuju sebarang usaha atau tindakan yang boleh menaikkan mutu pendidikan persekolahan..ini adalah penting untuk memastikan kualiti pendidikan kita terbela dan mencapai tahap yang sepatutnya.

0 comments: