MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MAJLIS AMANAH GURU GURU PANJI - SATU CADANGAN

0
A) NAMA

MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M)

B) PENGENALAN

M.A.G.P.P.M ADALAH SATU BADAN PENASIHAT YANG BERASING DENGAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF / MENTADBIR DALAM PERSATUAN SILAT YANG BERGABUNG DALAM PANJI. M.A.G.P.P.M ADALAH JUGA MERUPAKAN SATU MAJLIS MESYUARAT KHAS DIKALANGAN GURU GURU YANG BERNAUNG DIBAWAH PERKUMPULAN PANJI UNTUK MEMBINCANGKAN HALA TUJU DAN MASA DEPAN JUGA MEMEGANG AMANAH KEASLIAN PERKUMPULAN PANJI ITU SENDIRI.M.A.G.P.P.M BERFUNGSI UNTUK MENETAPKAN / MEMBINCANGKAN DASAR . SILIBUS , PENGANUGERAH , UJIAN , MAJLIS-MAJLIS RASMI PERGURUAN YANG MELIBATKAN PANJI DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN WARISAN DAN MARUAH PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA. M.A.G.P.P.M DITUBUHKAN UNTUK MEMPERKEMASKAN PENTADBIRAN PERKUMPULAN PANJI DAN MEMBERI RUANG KEPADA GURU GURU YANG DIIKTIRAF OLEH PERGURUAN MASING MASING UNTUK MENYUSUN SILIBUS DAN MAJLIS-MAJLIS RASMI PERKUMUPULAN PANJI MALAYSIA.

C) OBJEKTIF

  1. MEMELIHARA WARISAN PERKUMPULAN PANJI SUPAYA TERUS DIWARISKAN DENGAN BERADAT DAN ADA SUSUR GALUR ILMU YANG JELAS.
  2. YANG RAHSIA TETAP RAHSIA , YANG HAK TETAP MENDAPAT HAKNYA , YANG BATIL TETAP HANCUR DAN MUSNAH APABILA DATANG YANG HAK.
  3. MEMASTIKAN PERKUMPULAN PANJI DIPERTURUNKAN / DIWARISKAN DENGAN BERADAT DAN MENGIKUT SUSUR GALUR YANG BENAR JUGA MENGIKUT ADAT ISTIADAT PERGURUAN MASING MASING.

D) KEDUDUKAN MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M)

1. AHLI
KEAHLIAN MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M)
DIPANGGIL AHLI MAJLIS MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA.
AHLI AHLI TERDIRI DARIPADA GURU GURU UTAMA / PERWARIS YANG MEWAKILI PERSATUAN/PERGURUAN PERSILATAN YANG BERNAUNG DI BAWAH PERKUMPULAN PANJI.

2. PENGERUSI
PENGERUSI DILANTIK SEBULAT SUARA OLEH AHLI AHLI MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M)UNTUK SATU TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT SETIAP KALI MESYUARAT DIADAKAN.

3. SETIAUSAHA
SETIAUSAHA DILANTIK SEBULAT SUARA OLEH AHLI AHLI MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M) UNTUK SATU TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK MENJALANKAN KERJA KERJA KESETIAUSAHAAN BAGI MELICINKAN PERJALANAN MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M)

4. MESYUARAT PENUH
MESYUARAT PENUH AKAN DIADAKAN SECARA BERKALA YANG AKAN DIDTETAPKAN OLEH AHLI AHLI MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M) SAMADA MINIMA 2 TAHUN SEKALI.DAN NOTIS MESYUARAT MESTI LEBIH DARI 14 HARI DARI TARIKH MESYUARAT.MESYUARAT BOLEH DIJALANKAN SEKIRANYA KORUM YANG MENCUKUPI SEKURANG KURANGNYA SEPARUH DARI PERGURUAN YANG TELAH BERSETUJU UNTUK BERGABUNG DENGAN PERKUMPULAN PANJI.

5. MESYUARAT KHAS
MESYUARAT KHAS AKAN DIADAKAN SEKIRANYA PERLU MENGIKUT KEADAAN SEMASA.SEBAGAI CONTOH UNTUK MEMBINCANGKAN PROGRAM PROGRAM BERKAITAN PERKUMPULAN PANJI ATAU BERKAITAN DISPLIN DAN JUGA LAIN-LAIN HAL YANG DIRASAKAN PERLU UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT.NOTIS MESYUARAT HENDAKLAH LEBIH DARI 14 HARI DARI TARIKH MESYUARAT.

6. MESYUARAT TERGEMPAR
MESYUARAT TERGEMPAR AKAN DIADAKAN SEKIRANYA KEADAAN AMAT PERLU YANG BERKAITAN DASAR ATAU MARUAH PERKUMPULAN PANJI DAN JUGA ALASAN ALASAN YANG MEMERLUKAN MESYUARAT DIADAKAN SECARA TERGEMPAR.NOTIS MESYUARAT BOLEH KURANG DARI 14 HARI ATAU SEKURANG KURANGNYA 7 HARI DARI TARIKH MESYUARAT TERSEBUT.

7. PEMERHATI
PEMERHATI PULA ADALAH 2 ORANG WAKIL DARI SETIAP PERGURUAN UNTUK MENGIRINGI GURU-GURU UTAMA MASING MASING UNTUK TURUT HADIR DALAM MESYUARAT PENUH , MESYUARAT KHAS DAN MESYUARAT TERGEMPAR.PEMERHATI BOLEH MEMBERI PENDAPAT / PANDANGAN SEKIRANYA DIMINTA OLEH PENGERUSI MESYUARAT.SEKIRANYA ADA KEPUTUSAN YANG MEMERLUKAN UNDIAN MAKA PEMERHATI TIDAK BOLEH MENGUNDI UNTUK MEMUTUSKAN SEBARANG KEPUTUSAN DALAM MESYUARAT TERBABIT.

8. INTEGRITI AHLI DAN PEMERHATI MESYUARAT
SETIAP AHLI DAN PEMERHATI MESYUARAT MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M) HENDAKLAH TINGGI DAN SENTIASA AMANAH DAN JUJUR.MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M) MEMPUNYAI KERAHSIAAN YANG TINGGI DAN SETIAP PERBINCANGAN ADALAH SULIT DAN MERUPAKAN MARUAH KEPADA MAJLIS AMANAH GURU GURU PERKUMPULAN PANJI MALAYSIA (M.A.G.P.P.M).

9. AGENDA MESYUARAT PENUH
    1. BACAAN DOA
    2. UCAPAN ALU ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
    3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
    4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
    5. KERTAS KERJA / ISU PERBINCANGAN / CADANGAN
    6. HAL HAL LAIN
    7. PENUTUP


0 comments: