Sokong IPT jadikan Melaka hab pendidikan terbaik - Dun Asahan perlu pembangunan pendidikan
0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
dan hasrat ini bertepatan untuk menjadikan dun Asahan sebagai lokasi yang terbaik untuk dibangunkan sebuah universiti awam kerana dun asahan tidak boleh dibuat pembangunan perkilangan kerana dikhuatiri akan mencemarkan sumber air negeri Melaka..maka dengan itu untuk sama sama memberi keseimbangan pembangunan dalam negeri Melaka adalah wajar jika kerajaan memikirkan untuk membina sebuah universiti awam di dalam dun Asahan....
semuga hasrat ini akan direalisasikan oleh YAB Ketua Menteri dan YB Adun Asahan sendiri....
MELAKA 21 Nov. - Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dijalankan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini bagi menjadikan Melaka sebagai hab pendidikan terbaik.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, perkara itu selaras dengan matlamat untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai salah satu daripada daya tarikan pelancong ke negeri itu.
Sebagai contoh, beliau memuji usaha Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mempelopori pembelajaran akademik dan kemahiran yang dilihat dapat menyumbang ke arah memartabatkan sektor berkenaan seterusnya membuka peluang kepada para belia dari seluruh negara.
"Kualiti pendidikan yang ditawarkan serta kursus pengajian menepati kehendak dan keperluan semasa dilihat mampu meyakinkan pelajar dari luar Melaka memilih untuk melanjutkan pengajian di IPT negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian berucap merasmikan majlis Konvokesyen Ke-11 KAYM di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi Lembaga Pengarah KAYM, Datuk Yaakob Md. Amin dan Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi.
Pada majlis itu, sebanyak 680 pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang di peringkat sijil, diploma dan ijazah di kolej berkenaan.
Menurut Idris, kerajaan negeri juga melihat kemampuan KAYM menjadi pilihan para pelajar sebagai tempat pengajian mereka atas dasar kebolehpasaran para graduan selepas tamat pengajian nanti.
"Justeru, saya menyarankan agar KAYM sentiasa sensitif kepada perkembangan semasa yang berlaku serta mengambil kira perubahan landskap ekonomi negara dan dunia agar ia lebih relevan kepada keperluan semasa.
"Di samping itu, KAYM juga perlu menyuntik elemen kemahiran insaniah, kemahiran pelbagai dan keusahawanan dalam memastikan graduan dihasilkan berketrampilan serta dapat menyumbang kepada hasrat menjana modal insan berkualiti," ujarnya.
Selain itu, usaha cemerlang KAYM melebarkan sayap ke luar negara dengan menjalinkan kerjasama bersama universiti terkemuka antarabangsa seperti Universiti Adelaide dan Universiti Newcastle di Australia perlu dipuji dan dicontohi IPT lain.
Beliau turut mengingatkan semua graduan yang menerima ijazah hari ini supaya tidak membataskan potensi diri untuk melakar kejayaan yang lebih.
"Dengan kelulusan yang diperolehi ini, graduan KAYM diharap dapat melangkah ke dunia luar dengan persediaan cukup dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta spiritual untuk mengharungi cabaran lebih mencabar di masa hadapan," jelasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131122/ws_06/Sokong-IPT-jadikan-Melaka-hab-pendidikan-terbaik#ixzz2ljxFTRo9
© Utusan Melayu (M) Bhd