MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Melaka bentang bajet lebihan 10 tahun berturut-turut

0
MELAKA 25 Nov. - Kerajaan Negeri Melaka hari ini membentangkan bajet lebihan bagi tempoh 10 tahun berturut-turut sejak 2005.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika membentangkan Bajet 2014 bertemakan ’Melaka Maju Fasa Kedua’ pada persidangan ketiga penggal pertama Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini berkata hasil kerajaan negeri pada tahun hadapan dianggar berjumlah RM272.57 juta terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM104.32 juta; hasil bukan cukai (RM103.48 juta) dan terimaan bukan hasil (RM64.77 juta).

Beliau berkata belanjawan 2014 akan menyediakan sejumlah RM272.35 juta bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi RM90.40 juta untuk emolumen; perkhidmatan dan bekalan (RM103.67 juta); pembelian aset (RM2.47 juta); pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM73.03 juta) dan lain-lain perbelanjaan (RM2.78 juta).

"Bajet lebihan berjumlah RM0.22 juta ini menunjukkan kerajaan negeri terus berusaha untuk memperkukuh kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil sambil menguatkuasakan perbelanjaan yang berhemah," katanya.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negeri Melaka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus, iaitu yang tertinggi di Malaysia pada tahun lepas.

Idris berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, nilai pelaburan yang diluluskan Lembaga Pelaburan Industri Malaysia (Mida) di Melaka berjumlah RM3 bilion melibatkan RM2.7 bilion pelaburan asing dan 300 juta pelaburan domestik. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131125/dn_24/Melaka-bentang-bajet-lebihan-10-tahun-berturut-turut#ixzz2lhwJjI2K
© Utusan Melayu (M) Bhd 


TAHNIAH KERAJAAN NEGERI MELAKA......

0 comments: