Pembangkang di Melaka Gagal Lantik Ketua Sendiri
MELAKA 25 Nov. - Parti pembangkang di Melaka masih gagal melantik ketua pembangkang untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Anggota DUN Duyong Goh Leong San meletak jawatan pada 8 Oktober lepas.Perkara itu disahkan Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad pada persidangan DUN ke-13 di Dewan Undangan Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Othman berkata beliau setakat ini belum menerima nama anggota dewan undangan negeri dari parti pembangkang untuk mengisi kekosongan itu."Saya telah menulis surat kepada ibu pejabat Pakatan Rakyat lebih sebulan, tetapi belum ada nama pengganti," katanya.
Terdahulu, Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim) memohon sidang DUN mengumumkan nama ketua pembangkang negeri Melaka.Beliau berkata ia bertujuan memudahkan anggota DUN dari Barisan Nasional (BN) berurusan dengan pihak pembangkang.Goh yang juga Pengerusi DAP negeri sebelum ini meletak jawatan sebagai ketua pembangkang tanpa menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.DAP memenangi enam daripada 28 kerusi DUN manakala PAS memperoleh satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 lepas.
Dalam pada itu, ketiadaan ketua pembangkang menjadi usikan beberapa anggota DUN dari BN termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang menyifatkan pembangkang sebagai "cukup bagus ada pasukan tetapi sukar tanpa ketua". -
BERNAMA12Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131125/po_19/Pembangkang-di-Melaka-masih-gagal-lantik-ketua#ixzz2lhhngWbz © Utusan Melayu (M) Bhd