MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PASCA 16.11.2013 @ HOL MUHARAM

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan


Alhamdulillah semuga segalanya beroleh Rahmat dan keampunan dari Allah SWT. berasa lapang didada dan berasa puas apabila melihat dan mendengar guru berpuas hati dengan apa yang kita sama sama usahakan. walaupun beribu dugaan dan cabaran perlu kita atasi namun berkat doa guru juga kesabaran dan keikhlasan yang sama sama kita gembelingkan telah berjaya menjadi ramuan yang terbaik untuk kita sama sama mengecapi kejayaan.


Saya amat bersyukur kepada Illahi dan berterimakasih kepada semua sahabat yang telah menyumbangkan tenaga dan keringat juga idea untuk kejayaan kita semua. perjuangan memartabatkan warisan bangsa tanpa sempadan dan kita sama sama berusaha untuk mengembangkan seni silat warisan nusantara ini. saya amat yakin dan percaya bahawa seni warisan bangsa ini tidak akan luput ditelan zaman dan masih ada jiwa jiwa bangsa kita yang mempunyai kesedaran untuk meneruskan perjuangan nenek moyang kita ini.


kesedaran tanggung jawab untuk mempertahankan budaya bangsa ini perlu disemai disamping sentiasa menjaga keaslian setiap langkah dan gerak pukulan. dibawah aliran perguruan seni silat kota sendeng bersama sama teman persilatan yang lain seperti Gabungan Persilatan Panji seMalaysia..


walau kami bukan dari persatuan silat yang ternama dan kaya raya namun semangat kami untuk sama sama mengembangkan dan mewariskan seni bangsa yang tidak ternilai harganya ini tidak boleh dinafikan...InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan selagi nafas terlekat dirongga ini kami akan terus meneruskan perjuangan ini demi generasi akan datang..untuk agama bangsa dan negara...


Ya Allah..lindungilah kami..peliharalah kami dan terimalah segala pekerjaan kami ini sebagai amalan kepada Mu jua...Amin..


pasca 16.11.2013@holmuharam

IKHLAS DALAM PERJUANGAN



0 comments: