TARIF AIR PULA NAIK????
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Salam Aspirasi..
Didalam keriuhan negara menyatakan pandangan mengenai kenaikan harga petrol ketika ini hampir kita tidak dikejutkan dengan kenaikan harga air di Pulau Pinang..
Rakan bloggers telah memberi maklumat tentang isu kenaikan air di pulau pinang..Jadi nilaikanlah sepatutnya kenaikan harga sekarang ini bukan dilihat dari segi politik tetapi dari segi pasaran dunia yang kini tidak menentu....
Isu air sepatutnya boleh diselesaikan diperingkat dalaman dan apabila kenaikan air ini berlaku membuktikan pwntadbiran kerajaan DAP tidak cekap dan egois...
Lihatlah sendiri bagaimana Lim Guan Eng menipu rakyat dengan mengatakan surcaj air tidak akan naik tetapi Kerajaan Rejim DAP Pulau Pinang menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini, dan anda bising harga minyak naik 20 sen??
Inilah tanda sayangnya Guan Eng kepada penyokong Pas dan PKR kerana menyokong dirinya sehingga sanggup menggadai Jalur Gemilang, makan mee babi dan berterabur berguling di atas jalan atas nama demokrasi. Demokrasi ke bila menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik
Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.
Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air.
Katanya, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.
“Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi negeri dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai dilihat terus menggunakan air secara berlebihan, namun sebagai negeri yang kekurangan air kita perlu memikirkan masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta.