ANTARA ANALISA AWAL PRK AYER LIMAU
Analisa awal kempen PRK : berkempen cara berhemah atau dgn hikmah adalah senjata utk kemenagan umno dlm meraih sokongan pengundi di sg limau. Rata2 pengundi kampung amat berbesar hati jika berkempen cara ini dan boleh merubah hati pengundi yg berada diatas pagar. Agresif dlm berkempen akan ditolak bulat2. Keperhatinan terhadap 'Agenda Ekonomi Kampung' adalah dialu2kan dlm menarik hati pengundi semasa berkempen. Calon BN perlu menampilkan keperhatinan terhadap para penyokong arwah ust Azizan kerana mereka ini seakan hilang punca bergantung. Calon PAS kali ini juga ditampilkan dikalangan golongan ulamak muda yg cuba mendapat sokongan dari pengikut arwah utk meraih sokongan. Justeru, dekat dgn penyokong ust azizan adalah strategi terbaik. Isu kalimah Allah, isu syiah boleh dibawa tapi perlu diingat ia juga boleh memakan diri jika salah tafsirnya. Penyatuan melayu dan menaikkan agenda islam adalah kempen terbaik serta meningkatkan taraf dan infra di sekolah agama atau pondok. Pas agak tertekan kali ini dgn penguguman calon ulamak muda dan bukan dari golongan profesional yg rata2 adalah dari kumpulan fakhrurazi, mat sabu dan mahfuz. Perlu diingat, pemuda PAS kedah kali ini akan all out utk berkempen namun mereka ini berkempan tanpa bantaun dari rakan pkr dan dap. Isu yg melanda hubungan pakatan rakyat semakin kuat di kedah bilamana ramai dikalangan ulamak muda dan tua tidak mahu bersama pakatan. Maka, peluang ini perlu diambil sebaik mungkin dgn penampilan ulamak dlm meraih sokongan pengundi serta prog2 bersifat keagamaan. Calon BN yg ditampilkan berkelulusan tinggi namun, jgn sampai beliau tidak boleh bersama dgn org kampung atau para petani utk mendengar nadi rakyat. Calon PAS pula berkelulusan Alazhar Mesir dan ini menjadi kekuatan bagi beliau utk meraih sokongan pengundi yg taksub kepada lulusan timur tgh. Pembangunan pendidikan agama atau sg. Limau menjadi hub pendidikan agama atas dasar peningalan arwah ust azizan adalah model utk dimajukan dalam berkempen kali ini oleh BN. Rumusan: BN perlu sedar, penampilan kali ini di PRK sg limau adalah permulaan transformasi bagi melihat kebijaksanaan dalam berkempen menarik golongan luar bandar dan golongan keagamaan. Ini menjadi penerus dan penambahbaikan BN kepada sokongan rakyat yg rata2 mejoritinya adalah pengundi melayu. Ia juga menjadi kayu ukur kpd BN yg baru mengambil alih pemerintahan di Kedah adakah kerajaan kedah terus meminggirkan mereka di sg limau. Akhirnya, BN perlu menunjukkan sikap sebenar dan bukan hipokrit terhadap masyarakat di luar bandar... Laporan: munif hussain, 22-10-2013