PENAMAAN CALON PRK SUNGAI LIMAU HARI INI
0
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pemilihan anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu dilihat tepat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, latar belakang Ahmad yang juga bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diyakini mampu membawa cabaran BN dalam pilihan raya itu nanti.
Calon itu telah diteliti secara mendalam dari segi kemampuan dan kebolehannya. Kalau dibuat perbandingan di atas kertas, kita tengok calon BN memang cukup layak, namun semua bergantung kepada penerimaan pengundi di situ.
Bagaimanapun, kelayakan atas kertas sahaja tidak mencukupi dan esok kita akan mula berkempen untuk memastikan calon BN diberi tempat kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysia Batalion 850-1 (Malbatt 850-1) yang akan menyertai misi Pasukan Interim PBB di Lebanon (Unifil) di Pangkalan Udara Subang hari ini.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, beliau gembira dengan keputusan pemilihan UMNO baru-baru ini kerana masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden parti itu.
Jelas beliau, sama ada suka atau tidak dengan keputusan tersebut, itu telah dibuat oleh perwakilan yang bertambah berbanding pemilihan pada 2009.
Pada pemilihan lalu, saya juga tidak dijangka menang tetapi berjaya mendapat tempat kedua terbaik dan mungkin pada masa akan datang situasi ini juga berubah.
Apa yang lebih penting sekarang kita perlu bergerak ke hadapan kerana yang menang tidak menang semua dan begitu juga sebaliknya. Apa yang penting kita perlu rapatkan kembali barisan," ujarnya.
Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Politik/20131023/po_01/Hishammuddin-Dr-Ahmad-Sohaimi-pilihan-tepat#ixzz2iVT0PSLg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kita berharap agar kali ini BN berjaya merampas kerusi dun ini..