MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SALAM AIDILADHA , SALAM PENGORBANAN YANG SUCI

0

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan.

Alhamdulillah .. bersyukur kita dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu lagi AidilAdha yang penuh keberkatan lagi kesucian. Kita sememangnya menantikan hari kemenangan ini untuk sama sama kita menginsafi diri dan memandang diri ini sejauh mana erti pengorbanan kita hayati dan amalkan sepanjang hidup kita ini.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Kebesaran Allah kita puji-pujikan untuk kita sama sama memastikan keagunganNya menaungi limpah rahmat hidup kita supaya kita menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah yang fana' ini. Kita bukan seorang insan atau khalifah yang sempurna tetapi kita berusaha kerarah kesempurnaan yang haq.
Selagi kita berpegang kepada tali Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Al Quran selagi itu kesesatan akan jauh dari hidup kita. Namun apapun langkah atau pendirian kita dalam mengecapi nikmat hidup ini kita pasti dituntut untuk melakukan pengorbanan kerana setiap kejayaan pasti bermula dengan kesusahan.Dan setiap kesusahan itu pasti dilalui dengan usaha doa dan tawakal.Dan apabila kita melalui proses tersebut maka pengorbanan itu amat dituntut dan perlu dijalankan dengan ikhlas iman dan taqwa.
Kita berdoa semuga muslimin dan muslimat yang kini sedang wukuf dipadang arafah yang juga sedang menggerjakan haji agar mereka diberi kemudahan dan kesenangan untuk menjalankan ibadah.
Kita berdoa agar mereka diberikan pahala haji yang mabrur dan kembali ke tanahair kepangkuan keluarga dengan selamatnya.
Semuga pengurbanan kita untuk membuang segala sifat mazmumah dalam diri akan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir Batin

SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments: