MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERTANDINGAN 2 PENJURU KETUA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0
Abd Ghafaar sentiasa turun padang

Abd Ghafaar mudah mesra dengan pemuda

Abd Ghafaar spoting dan open minded


MELAKA 26 Sept. - Pemilihan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah dijangka sengit apabila penyandangnya, Datuk Abdul Ghafaar Atan akan dicabar timbalannya, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.
Abdul Ghafaar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Abdul Wahab yang juga ADUN Durian Tunggal untuk mencabarnya bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Oktober ini.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding mana-mana jawatan berdasarkan Perlembagaan parti yang baharu.
“Saya harap ini adalah pertandingan yang sihat kerana beliau (Abdul Wahab) adalah kawan saya dan pertandingan ini harus diterjemah sebagai pertandingan dalam keluarga.
“Apabila Abdul Wahab menawarkan diri bagi saya ini adalah satu proses demokrasi berdasarkan sistem sedia ada dalam parti.
“Saya serahkan kepada kebijaksanaan seluruh perwakilan di Alor Gajah yang mengenali saya dan kepimpinan sejak dua penggal lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi Abdul Ghafaar, usaha mempertahankan jawatan itu kerana ingin terus memperkasakan UMNO di bahagian tersebut khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Sementara itu, Abdul Wahab yang juga Timbalan Speaker DUN berkata, keputusan yang diambilnya untuk mencabar penyandang jawatan tersebut adalah selaras dengan dasar parti mengutamakan demokrasi.
Menurutnya, beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu bukan bertujuan memecahbelahkan parti sebaliknya ingin memperbetulkan perjalanan bahagian itu.
“Apabila memikirkan perlunya UMNO bahagian ini diperkasakan, saya merasa terpanggil untuk menawarkan diri bertanding jawatan ketua pada pemilihan kali ini.
“Saya menawarkan diri bertanding secara berhemah dan Abdul Ghafaar tetap kawan dan sahabat saya dan anggaplah ini satu pertandingan yang sihat untuk kebaikan semua," katanya.
Abdul Wahab berkata, beliau menyerahkan keputusannya menawarkan diri itu kepada seluruh ahli parti dari peringkat akar umbi hingga cawangan untuk menilai antara dua calon yang bertanding jawatan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130927/ws_02/Abdul-Ghafaar-mahu-pertandingan-cara-berhemah#ixzz2gX4xEWOw
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Pertandingan secara sihat dan dalam semangat kekeluargaan adalah dituntut dalam parti UMNO..Pertandingan bukan alasan utk berpecahbelah tetapi sebaliknya pertandingan adalah satu proses penyuburan demokrasi dalam UMNO itu sendiri. Dan ini adalah satu peluang utk kita sama sama belajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berhemah tinggi.

Bagi saya seorang timbalan yang baik adalah timbalan yang sentiasa menasihatkan ketua atau menegur untuk kebaikan bersama bukannya tugas timbalan hanya look and see atau menanti peluang ketua buat silap selepas tu hentam cukup cukup.

Sepatutnya isi kempen hanya berkisar kepada komitmen dan idea halatuju kepimpinan parti bukannya fitnah memfitnah dan memburukkan calon lain menjadi isi ucapan kempen masing masing. walaupun tiadak ada siapa yg mengaku kerana kita tahu tidak kan ada orang yang mengaku berak ditengah jalan tapi yang nyata pemilih atau perwakilan dengar dan perhalusi setiap bibit kata yang diucapkan..

Secara nyata saya menyokong kepimpinan YB DW Abd Ghafaar Atan kerana selama ini beliau banyak membantu orang UMNO dan juga orang orang di Alor Gajah. Beliau juga berjaya mengekalkan BN di dalam parlimen Alor Gajah. dan tiada sebab mengapa perlu ditukar..kita memandang perkara yg logik untuk masa hadapan kerana tidak mungkin YB Wahab akan terus mara kehadapan sedangkan umurnya yang sudah pun tua dan perlu bersara..Apakah agenda mereka sebenarnya??? saya pun tak tahu..namun yang pasti kita tetap inginkan dan mahukan parlimen Alor Gajah kekal stabil dan sesiapa yang lantang memfitnah dan menyebarkan dakyah atau propaganda perlulah bertaubat segera...Demi Perjuangan UMNO kita perlukan kestabilan dan penyatuan dalam bahagian kita..

ikhlas.

0 comments: