MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

‘Berani Hijrah’ slogan Barisan Nasional (BN)

0



YAN: ‘Berani Hijrah’ slogan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.
Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata slogan itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa BN negeri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Bilik Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau dekat sini selepas proses penamaan calon PRK DUN Sungai Limau di Dewan Dato’ Madi di sini.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai slogan itu, dan hanya memaklumkan bahawa ia merupakan antara strategi bagi menarik pengundi di kawasan itu.
“Kita akan cuba gunakan pendekatan (kempen) sedikit di luar kotak…kita tengok kalau cara ini berkesan atau tidak, kita tunggu dan lihat.
“Pendekatan ini diusulkan sendiri oleh saya dan dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin) dan juga secara konsensus,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.
Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia pada 26 Sept lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU 1995, menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandinganempat penjuru
– BERNAMA

0 comments: