MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN

0

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN
Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO:
SURAT PEKELILING IBU PEJABAT
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1   ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN
2.1.1     Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian
2.1.2     Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat
2.1.3     Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian
2.2  TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT JAWATAN KUASA BAHAGIAN, PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN
2.2.1     Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia atau peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.
2.3   MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA,  PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN
2.3.1     Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).
2.4   PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2.4.1     Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).
2.5   TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA 
2.5.1     Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia ditetapkan pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
2.6   MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN
2.6.1     Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).
2.7   PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013
2.7.1     Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).
2.8     LAIN-LAIN PERKARA
2.8.1     Notis Persidangan
    • Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini
2.8.2     Tempoh Bantahan Persidangan
    • Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan
2.8.3     Had Umur Kelayakan Bertanding
    • Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.
2.8.4     Cukup Bilang (Korum) Persidangan
    • Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼  daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.
    • Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.
2.8.5     Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat
    • Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013
2.8.6     Larangan-larangan semasa tahun pemilihan
    • Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli
2.8.7     Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah
    • Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.
3.         Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil  tindakan sewajarnya. Terima kasih.
BERSATU     -     BERSETIA     -     BERKHIDMAT 

0 comments: